Rabu, 28 Disember 2011

Scandal Fidlot : Shahrizat mula tuding jari kesemua arah..



Mungkin kerana tidak mahu berterusan dipijak oleh kawan-kawannya dalam UMNO, Shahrizat yang kelihatan mula gelabah akhirnya menuding jari kesemua arah..“Beritahu saya, pemimpin UMNO yang mana tiada masalah?” merupakan jawapan pantas Shahrizat apabila diminta memberi komen mengenai sama ada beliau akan bertindakbalas terhadap seruan untuk meletak jawatan.


Shahrizat: Beritahu Saya Pemimpin UMNO Mana Yang Tiada Masalah?

Di sebalik tanda bahawa UMNO sedang berantakan disebabkan skandal rasuah dan pertelingkahan dalaman dikalangan pemimpin tingginya, Suruhanjaya Pencegah Rasuah telah mengumumkan bahawa satu pasukan khas akan dibentuk untuk menyiasat dakwaan bahawa keluarga Menteri UMNO Shahrizat Jalil telah menyalahgunakan dana awam berjumlah RM250 juta yang diperuntukkan bagi projek ternakan lembu NFC untuk kegunaan peribadi dan juga harta mewah.

Walaubagaimanapun, tanpa fokus kepada kemarahan rakyat, semua mata tertumpu pada drama yang sedang dimainkan UMNO. Walaupun Shahrizat telah membayangkan kesediaan beliau untuk meletak jawatan, adalah mustahil beliau akan membenarkan dirinya dipijak atau dijadikan kambing hitam oleh rakan-rakan parti politiknya.

Mata juga sedang tertumpu pada hakikat bahawa Najib yang sedang disiasat oleh kerajaan Perancis disebabkan dakwaan memakan rasuah bernilai RM570 juta daripada pembuat senjata gergasi DCN akan mampu untuk menangani isu NFC. Najib juga ialah presiden UMNO.

“Beritahu saya, pemimpin UMNO yang mana tiada masalah?” merupakan jawapan pantas Shahrizat apabila diminta memberi komen mengenai sama ada beliau akan bertindakbalas terhadap seruan untuk meletak jawatan seperti yang di laporkan oleh suratkahabr Sin Chew beberapa hari lepas.

Sandiwara UMNO-SPRM

Sememangnya rakyat berasa curiga kerana MACC telah sebelum ini telah menyerahkan kes itu kepada polis walaupun telah menerima laporan daripada ketua pembangkang, Anwar Ibrahim.

Kredibiliti pentadbiran Najib telah hilang apabila timblan ketua Polis Khalid Bakar telah mengumumkan bahawa tiada unsure pecah amanah semasa perhimpunan Agong UMNO baru-baru ini. Sering mendapat jolokan Pak Turut untuk kerajaan UMNO, Khalid telah dituduh sebagai cuba menyelamatkan parti itu daripada malu.

“Kita telah bertindak dengan mengikut prosedur apabila mengumpul fakta dan kenyataan sejak isu itu dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negera. Kebanyakkan isu yang ditimbulkan pada laporan terhadap NFC telahpun kita ambil tindakan.” Ujar Pengarah SPRM Mustafar Ali dalam kenyataan beliau yang di siarkan pada Khamis.

SPRM juga pantas menyatakan bahawa ia tidak dapat mendedahkan fakta terperinci seperti yang termaktub dalam Seksyen 29(4) Akta Pencegah rasuah Malaysia 2009. “Kami telah memanggil pihak-pihak yang terbabit untuk memberi kerjasama kepada kami dan tidak mempolitikkan isu –isu yang boleh menjejaskan siasatan kami.” Ujar Mustafar lagi.

Mengambilkira tona defensive kenyataan tersebut, adalah jelas kepada pemerhati bahawa SPRM tidak akan beriya-iya menyiasat NFC atau Feedlot Kebangsaan, sebuah projek yang bertujuan untuk meningkatkan bekalan daging lembu tempatan kepada 40% pemakanan dan pada harga yang berpatutan.

Projek itu telah dianugerahkan kepada suami Shahrizat, Salleh Ismail dan anak-anak beliau pada 2006. Semasa itu, Muhyiddin memang portfolio Menteri Pertanian. Khairy Jamaluddin, menantu kepda Perdana Meteri ketika itu, Abdulah Badawi juga memainkan peranan penting dalam meluluskan projek itu kepada keluarga Shahrizat.

Bertanggungjawablah dan selamatkan kami, rakan-rakan beritahu Shahrizat

Ini dipercayai sebagai drama terbaru yang dimainkan UMNO untuk menyeru Shahrizat meletak jawatan dalam cabinet dan bertanggungjawab sebelum pilihanraya diadakan pada tahun depan.

Tiada siapa yang menyangka aka nada perubahan besar pada sikap pemimpin tertinggi UMNO yang sudah dikenali dengan rekod rasuah mereka- ini termasuk juga Shahrizat.

“Shahrizat dan juga UMNO sememangnya tidak malu. Isunya adalah kenapa pinjaman sebegitu diberikan kepada keluarga beliau sedangkan beliau memegang jawatan sebagai Menteri Kabinet. Mustahil mereka mendapat pinjaman itu sekiranya dia bukan menteri. Beliau dan keluarga beliau telah menidakkan hak rakyat Malaysia yang susah dan rajin daripada faedah pinjaman itu (bekalan daging murah kepada rakyat Malaysia),” beritahu timbalan Presiden PKR N Surendran kepada Malaysia Chronicle.

“Shahrizat juga tidak patut dipersalahkan seorang diri. UMNO lah yang harus lebih dipersalahkan. Disebabkan amalan politik mereka yang sering memberi makan kroni dan keluarga mereka daripada wang rakyat. “

Mangsa legasi rasuah Mahathir?

Mereka yang menyeru beliau letak jawatan sebelum beliau “dihalau” termasuk bekas perdana Menteri Mahathir Mohamad juga dikenali sebagai pemimpin yang mengembangkan sistem feudal dalam politik di mana pemimpin elit memegang segala aspek ekonomi dan politik negara.

Dalam laporan “Global Financial Integrity” baru-baru ini, Malaysia disenaraikan di tempat ke 4 paling banyak mengamalkan rasuah di dunia. Kita sudah kehilangan USD338 billion (RM1.08 trilion) dalam pengaliran wang haram pada dekad pertama untuk abad ini.

GFI juga menyatakan bahawa kenaikkan Malaysia ini “seiring dengan bebapa negara Asian.” Ada Januari lepas, telah dilaporkan RM930 billion telah keluar daripada Malaysia dari 200 hingga 2008 dan meningkat ke RM218 setahun daripada jumlah asal RM 71 billion pada masa itu.

Laporan ini sepatutnya menimbulkan kesedaran kepada pemimpin dunia bahawa ada keperluan untuk melakukan sesuatu demi menghapuskan pengeluaran haram ini,” ujar pengerusi GFI Raymond Baker dalam satu sidang akhbar.

Semasa laporan itu dikeluarkan, tidak hairanlah pemimpin UMNO yang pertama meragui laporan itu adalah Mukhriz Mahathir yang tinggal di Washington dan juga merupakan anak bongsu bekas PM itu.

Sekarang, Mahathir yang berusia 86 tahu dan telah memerintah Malaysia selama 22 tahun dikenali sebagai pemimpin yang banyak membazirkan wang cukai rakyat. -Malaysia Chronicle

Sejak 13 Tahun, Dr M Menipu Rakyat Untuk Menjatuhkan Anwar

Oleh Maclean Patrick, Stan Lee

Tidak ada peristiwa yang lebih tepat untuk mentakrifkan Malaysia daripada peperangan yang berterusan antara Anwar Ibrahim dan Mahathir Mohamad. Pertelingkahan mereka telah membentuk lanskap politik negara sejak tahun 1998.Pelbagai kiasah telah dimuatkan termasuk ‘character assasination’ paling keji, kemerosotan badan kehakiman, integriti pasukan polis yang tercalar dan pengongkongan media oleh kerajaan yang memerintah. Kesan-kesan persengketaan ini akan terus menentukan haluan negara untuk bertahun-tahun yang akan datang.

Sehingga kini, punca perbalahan tersebut masih diselubungi misteri. Menjelang pertengahan tahun 1990-an, ia telah menjadi jelas bahawa ancaman yang paling serius kepada kuasa Mahathir ialah kaliber dan kepimpinan timbalannya. Mungkin kerana dia mula merasai Anwar sudah mula menjauhkan dirinya dari Mahathir, lebih menyerlah dari segi pegangan agamanya dan menampakkan dirinya tidak menyukai sekatan ke atas kebebasan awam yang telah menjadi lambang pemerintahan Perdana Menteri Mahathir.

Namun begitu, Mahathir terus melantik Anwar sebagai penggantinya sehinggalah hubungan mereka betul-betul retak semasa krisis kewangan Asia. Pada Perhimpunan Agung UMNO pada tahun 1998, penyokong kuat Anwar, Ahmad Zahid Hamidi, mengkritik kerajaan kerana tidak melakukan secukupnya untuk memerangi rasuah dan kronisme. Maklum balas adalah tidak ketara tetapi kesannya amat ketara.

Berminat dalam hal ekonomi

Mahathir mula berminat dalam polisi ekonomi Malaysia dan Anwar mendapati dirinya semakin dipinggirkan. Pada 2 September, dia dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, dan segera diusir keluar dari UMNO. Tiada sebab diberikan bagi pemecatan itu, namun, media telah membuat spekulasi bahawa ia berkaitan dengan dakwaan salah laku seks yang diedarkan di dalam “surat layang” pada perhimpunan agung ’98.

Oleh kerana lebih banyak tuduhan-tuduhan jahat yang timbul, penyokong Anwar membalas dengan mengadakan perhimpunan jalanan besar-besaran yang jelas menunjukkan siapa rakyat Malaysia lebih mahukan untuk memimpin mereka. Tidak hairanlah bahawa pada 20 September, Anwar ditangkap dan diletakkan dalam tahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Sekali lagi, tiada sebab yang jelas telah diberikan bagi pemecatan Anwar, namun rakyat dibuat untuk mempercayai bahawa ia adalah disebabkan oleh dakwaan salah laku seks semasa perhimpunan agung dan ini datang dari media yang dikawal oleh kepimpinan UMNO.

Kali ini buku 50 dalil Kenapa Anwar Tidak Boleh Jadi PM telah diedarkan dan ia mengandungi penerangan dakwaan serta tuduhan rasuah terhadap Anwar. Buku ini telah ditulis oleh Khalid Jafri, bekas editor akhbar Utusan Malaysia dan bekas ketua editor majalah yang gagal, Harian Nasional kedua-duanya dikawal oleh kerajaan.

Anwar mendapat injunksi mahkamah untuk menghalang pengedaran buku dan memfailkan tuntutan mahkamah terhadap penulis kerana memfitnah. Polis mendakwa pengarang buku dengan penyebaran berita palsu yang berniat jahat. Antara dakwaan di dalam buku ini adalah bahawa Anwar adalah lelaki homoseksual. Pihak polis telah diarahkan oleh Mahathir untuk menyiasat kebenaran dakwaan-dakwaan buku ini.

Ironinya, walaupun penulis didakwa kerana menyiarkan berita palsu, intipati buku disiasat seolah-olah ia adalah benar. Namun, siasatan telah dijalankan dan ini membawa kepada perbicaraan mahkamah yang paling kotor yang dikenali sebagai Liwat I pada tahun 1998, yang juga melahirkan sekuel pada tahun 2008 – Liwat II.

Tiada satu pun yang di atas boleh berlaku tanpa pengetahuan Mahathir. Dan sesungguhnya, sedikit- sebanyak dia bertanggungjawab untuk membenarkan perpecahan berlaku didalam parti UMNO dan masyarakat Melayu dan menyebabkan kekacauan di dalam negara ini.

Menarik juga jika diperhatiankan sebab awal berlakunya krisi ini seolah-olah berkait rapat dengan cara Anwar – sebagai Menteri Kewangan – menguruskan krisis kewangan negara.

Kawal lwn liberal

Semasa krisis kewangan Asia pada tahun 1997, Anwar menyokong Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan World Ban dalam pelan pemulihan ekonomi. Beliau juga dimulakan pakej penjimatan yang memotong perbelanjaan kerajaan sebanyak 18%, seperti memotong gaji menteri dan projek-projek utama yang tertunda. “Projek-projek Mega”, yang telah menjadi asas kepada strategi pembangunan Mahathir, banyak disekat.

Walaupun banyak syarikat Malaysia yang bakal menghadapi kebankrapan, Anwar menyatakan: “Bail out tidak akan berlaku dan mana-mana bank akan dibenarkan untuk melindungi diri mereka dan kerajaan tidak akan campur tangan.” Anwar menyokong pendekatan pasaran bebas, termasuk pelaburan asing dan liberalisasi perdagangan.

Mahathir sebaliknya menyalahkan spekulator mata wang seperti George Soros dan menyokong kawalan mata wang yang disokong dan peraturan yang lebih ketat daripada pelaburan asing. Ia adalah jelas bahawa dia telah tidak gembira apabila pada tahun 1998, Newsweek magazine menamakan Anwar “Asian of the Year”. Ia merupakan satu tamparan hebat kepada Mahathir, yang menganggap dirinya seorang pemimpin yang hebatt, berpandangan jauh dan berkebajikan.

Pada akhir tahun itu, pertelingkahan di antara Anwar dan Mahathir menjadi hebat semasa Perhimpunan Agung UMNO yang diadakan empat tahun sekali. Sayap Pemuda UMNO, yang diketuai oleh sekutu Anwar iaitu Ahmad Zahid Hamidi, memberi isyarat bahawa ia akan memulakan perbahasan “kronisme dan nepotisme”.

Mahathir membalasnya, dengan memecat Anwar dan mengisytiharkan timbalannya itu “ejen barat”. Beliau memberi amaran bahawa Anwar akan menjatuhkan Malaysia jika IMF dibawa masuk. Krisis antara 2 lelaki ini disebabkan oleh yang Mahathir yang lebih gemar akan ekonomi yang terkawal manakala Anwar menyokong liberalisasi ekonomi.

Hidup dalam penipuan sejak 13 tahun

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, lebih tepat lagi,13 tahun, Mahathir telah hidup didalam mimpi bahawa dengan menolak bantuan IMF, Malaysia telah melalui krisis kewangan tahun 1998 yang lebih baik daripada orang-orang yang telah menerima bantuan.

Sedih sekali bahawa ia adalah tanggapan palsu – nayta sekali, setelah dibongkar PKR, Mahathir rupa-rupanya telah mendapat bantuan kewangan dari IMF selepas pemecatan Anwar Ibrahim pada tahun 1998.

Jika benar, ia akan menunjukkan Mahathir sebagai munafik kerana mencerminkan dirinya lebih baik dari lembaga IMF, dan walaupun menghina George Soros, yang sebenarnya tidak sedikit pun membalas Mahathir. Namun, Mahathir sendiri tidak pernah teragak-agak untuk menyelar mereka.

Melalui dokumen Bank Dunia yang didedahkan oleh PKR pada awal minggu ini, ia menunjukkan bahawa selepas pemecatan Anwar, pentadbiran Mahathir telah menjalankan rancangan Anwar. Mahathir mendapat bantuan kewangan daripada organisasi yang sebelum ini ia telah disifatkan sebagai syaitan itu secara rahsia.

Dan ini menimbulkan soalan, siapa pula yang berdusta, atau pembohong yang lebih besar? Adakah rakyat Malaysia telah ditipu hidup-hidup oleh UMNO dan Mahathir? Adakah kita semua telah di ‘brainwash’ untuk mempercayai bahawa kerajaan UMNO-BN bersimpati dan mementingkan rakyat semasa ia ingin menghancurkan pembangkang?

Sehingga Mahathir boleh mengemukakan bukti yang menfikan semua ini, kita hanya boleh bergantung kepada maklumat yang datang terus dari laman web Bank Dunia, dan ini menunjukkan bahawa Mahathir telah meminjam dana, walaupun beliau enggan mengakui dan mencanangkan pada dunia bahawa dia menyelamatkan Malaysia tanpa menggunakan satu sen daripada wang “agen asing”.

Terkini, yang keluar dari Mahathir adalah bahawa pinjaman itu telah telah diambil oleh Anwar ketika beliau Menteri Kewangan. Kemudian dia dipecat dan masih menggunakan pinjaman itu pula? Jika pinjaman itu berguna ke Malaysia, Anwar perlu diberi ganjaran dan pujian. Tetapi sebaliknya, Anwar yang disifatkan sebagai syaitan dan dipenjarakan.

Pada usia 86, tidak Nampak seperti Mahathir mahu berdamai. Atau mungkinkah telah terlambat, kerana sejak tahun 1998 dahulu dia sudah terlalu banyak menipu untuk menerima keampunan – daripada Tuhan mahupun kemaafan dari rakyat senegaranya selama 13 tahun!

Kenyataan Media Nik Nazmi Tentang Isu Salahguna Zakat MAIWP

Jawapan Ketua Audit Negara November lalu mengesahkan Menteri di

Jabatan Perdana Menteri Datuk Jamil Khir Baharom, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Datuk Che Mat Che Ali dan Shamsuddin Hussain Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan menggunakan RM63,650 daripada wang zakat untuk membiayai kos guamannya mengadapi kes permohonan qazaf Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Isu ini yang telah dibangkitkan oleh YB Saifuddin Nasution di Parlimen dan dibawa ke Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara.

Ketua Audit memaklumkan bahawa pada 11 Januari 2010 MAIWP menerima bil berjumlah RM63,000 daripada peguam Tetuan Zainul Rijal Talha dan Amir kerana mewakili ketiga-tiga mereka di atas bagi kes permohonan qazaf Anwar.

Che Mat telah meluluskan bayaran RM31,500 daripada peruntukan am pada 28 Januari 2010. Namun memandangkan geran kerajaan masih lagi belum diterima, bayaran dibuat menggunakan peruntukan zakat pada 9 Februari 2010.

MAIWP membuat pembayaran baki kos guaman RM32,150 pada 29 April 2010 menggunakan peruntukan zakat.

MAIWP telah menerima geran kerajaan pada 22 Jun 2010 sebanyak
RM700,000. Namun MAIWP hanya membuat pembayaran semula daripada peruntukan am kepada wang zakat pada Disember 2010.

Persoalannya, adakah begitu mudah untuk MAIWP menggunakan wang zakat yang dibayar umat Islam bagi asnaf-asnaf yang khusus untuk perbelanjaan lain?

Datuk Mat Zain Ibrahim, bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur di dalm surat terbukanya kepada Ketua Polis Negara hari ini telah membangkitkan dwi-standard kes ini dengan kes membabitkan bekas imam di Kulaijaya, Johor, Redzuan Mohd Said yang didapati menyelewengkan RM19,510 kutipan zakat antara Ogos dan September tahun ini.

Redzuan yang kemudiannya memulangkan wang tersebut telah dihukum empat tahun penjara dan tiga sebatan atas kesalahnnya.
Adakah wujud perbezaan antara seorang amil zakat biasa yang melakukan kesalahan dengan seorang Menteri dan Ketua Pengarah JAWI?

Jamil Khir tidak sepatutnya diam membisu dan segera menjawab persoalan ini yang pastinya menimbulkan kegusaran di kalangan umat Islam negara
ini.

NIK NAZMI NIK AHMAD
PENGARAH KOMUNIKASI
PARTI KEADILAN RAKYAT

Umno sebenarnya ancaman kepada orang Melayu

Oleh TUAN GURU NIK AZIZ NIK MAT

http://hazrul7.files.wordpress.com/2009/04/dato-nik-abdul-aziz-nik-mat.jpgSAYA ingin berpesan kepada setiap ahli PAS supaya sentiasa bersedia untuk pilihan raya setiap saat. Pilihan raya bukan sahaja antara PAS dengan Umno, pilihan raya ini empat, lima tahun sekali, tapi sebenar pilihan raya adalah pilihan antara nafsu dan akal hari-hari.

Pilihan antara syaitan dengan malaikat, nak sembahyang atau tak sembahyang, nak bayar hutang atau tak nak bayar, makan kedai kopi nak bawa balik ke anak isteri atau habis di kedai.

Orang yang bayar hutang bererti dia telah pangkah benda wajib, tak bayar hutang ertinya orang yang pangkah tidak wajib.

Bila dia pilih tidak bayar bererti dia pangkah yang salah. Oleh demikian, pilihan raya bukan antara PAS dengan Umno sahaja, tapi antara nafsu dengan akal.

Di antara agama de ngan tidak ingat agama. Bukan empat tahun sekali tetapi setiap saat, setiap detik.

Pilih hendak ke syurga atau neraka, nak ke syurga hutang kena bayar, sampai waktu sembahyang kena sembahyang, sampai waktu puasa kena puasa, sampai waktu tinggal rokok tinggal rokok.

Saya di Kelantan saya sebut lama dah, nak jadi wakil rakyat mesti orang tidak merokok. Yang merokok saya tidak pilih, itu pandai-pandai dialah.

Dalam Perhimpunan Agung Umno mereka mainkan emosi untuk lawan kita, sedangkan perpecahan antara Muhyiddin dengan Najib begitu ketara.

Najib mahu letak calon boleh menang iaitulah calon pilihannya, kroninya. Dengan serangan hebat dibuat atas kita, macam mana Tok Guru simpulkan PAU itu? Umno (sebenarnya) ancaman bagi orang Melayu, sebab itu 60 tahun hidup orang Melayu tidak ke mana.

Umno sebut Melayu tiada kuasa sekarang, siapa jaga Melayu, kalau tidak Umno? Bila PAS guna Islam, maka sebanyak mana dikehendaki golongan kebangsaan ada belaka dalam Islam, sebanyak mana dikehendaki ekonomi ada belaka dalam Islam.

Banyak mana yang jaga Melayu ada belaka dalam Islam. Jadi mengapanya ambil Melayu sahaja, ambil Islam mencakupi segala- galanya. Ekonomi ada dalam Islam, jaga bangsa ada dalam Islam, sosial ada dalam Islam.

Dalam pimpinan politik ini, Tok Guru paling utama Umno serang. Tok Guru disuruh berhenti dan sebagainya. Macam orang nak main bola dengan ‘Red Warrior’ (Kelantan) tapi Apek tak boleh jadi ‘golkeeper’. Nak lawan apa, kalau nak lawan biarlah Apek jadi ‘golkeeper’. Bubarlah pasukan kamu tu.

Tiada arah kecuali Islam. Islam ini baru betulbetul arah. Tak pasal-pasal Umno tolak Islam pilih kebangsaan. Arah tuju kita orang Islam nak masuk syurga.

Arah tuju orang Umno nak jadi kaya. Kontrak sana sini, tak dapat kontrak, dia rasuah. Syurga neraka dia tidak fikir kerana tiada Islam, Islam hanya jadi tradisi. Umno tiru Eropah, bukannya tiru Nabi Muhammad.

Macam Eropah nak kaya jajah negeri sana, jajah sini, bunuh orang, tidak padan dengan negeri dia datang negeri orang. Kerana hendak kaya saja, syurga neraka bukan dia peduli.

PAS tonjolkan syurga neraka, tonjolkan dosa pahala, tonjolkan nafsu amarah syaitan iblis, tapi Umno tidak tonjolkan ini. Sedangkan inilah kelainan antara sekular dengan agama. Orang sekular tak tonjol lang sung syurga neraka, tonjolnya hanya pembangunan.

Misalnya begini, pengajian matematik sains benda ni tak payah mari dari langit, tak payah wahyu dari langit kerana manusia ada otak.

Otak ni dah cukup untuk manusia faham teknologi, sains, matematik ni. Sebab itu kalau kita pergi mengaji matematik di Russia, dua kali dua sama empat.

Pergi Amerika, dua kali dua sama empat juga. Kerana ini semua boleh guna otak.

Bahkan Russia yang kata tiada Tuhan, dia lebih terkehadapan dari segi ilmu angkasa. Kapal Soyuz tu, Amerika pun tumpang.

Maknanya, komunis lebih terkehadapan untuk naik ke bulan, hal angkasawan.

Ini cukup dengan otak sahaja. Tetapi bila mari wahyu ertinya beri pada kita ilmu yang otak kita tak sampai hendak fikir. Dosa pahala mana orang hendak reti, syurga neraka mana orang nak faham, iblis nafsu di mana orang hendak tahu melainkan dengan wahyu.

Umno tidak tonjol benda ni. Kalau Umno tonjol benda ni, semua rakyat jadi PAS. Kerana syurga neraka ini bukan projek PAS, bukan projek kerajaan, tapi projek Allah.

Allah yang buat bumi, Allah yang buat langit, Allah itu juga akan buat kiamat, akan buat azab kubur.

Oleh yang demikian, kalau Umno tak tunjuk benda ni ertinya Umno telah potong 50 peratus daripada ajaran ilmu wahyu.

PAS tonjol benda ni hingga Umno kata susah Nik Aziz ni kata syurga neraka.

Dah memang agama ni begitu. Syurga neraka ni barang ada, kita terima memang dia ada, kita tak terima pun dia ada, jadi baik kita terima.

Hari ini orang Eropah pun sudah boleh sistem ke wangan Islam selepas keruntuhan dan krisis ekonomi Amerika dua tahun lepas.

Sistem perbankan Islam mula berkembang sekarang. Itu baru ekonomi Islam, insya-Allah sikit lagi akidah Islam juga dunia akan terima. Sekarang ini banyak bank Islam walaupun masih ada kelemahankelemahannya, tapi orang boleh terimanya.

Hari ini walaupun tiada krisis ekonomi tapi (berlaku) hutang atas hutang. Hutang ini bukan apa, dipanggil ‘al-gharar’ iaitu spe kulasi. Islam akan diterima dunia.

Terima kasih penyamun. Samunlah lagi..

Saya rasa sangat terpanggil untuk menulis tentang apa yang diperkatakan oleh pemimpin kerajaan BN yang tidak lepas daripada menggunakan isu ‘mengenang budi’ sebagai modal kempen. Modal ini telah dijual kepada rakyat dari dulu sampailah sekarang, apatah lagi dalam situasi BN dalam keadaan defensif sekarang ini.

Tentunya ini merupakan modal terbesar yang masih tinggal kepada UMNO terutamanya dan masih ada di antara pemimpinnya yang menyatakan bahawa sesiapa yang berfikiran yang berlainan dengan pemikiran pimpinan UMNO itu adalah mereka yang tidak mengenang budi.

Berbagai-bagai budi yang UMNO telah taburkan, kata mereka. Pelajaran anak-anak, sampailah kepada subsidi gigi palsu kepada orang yang gigi yang sudah ‘kelompong’. Kalaulah tidak ada UMNO, kepada mereka ramai rakyat yang ‘kelompong’ giginya.

Kita mesti faham asas pembentukan sebuah negara seperti negara kita ini. Kita mengambil demokrasi sebagai cara rakyat memilih siapa yang mereka hendak berikan mandat itu. Memberikan undi kepada mana-mana pihak itu merupakan satu tanggungjawab yang asas dalam demokrasi. Asalkan parti-parti yang menawarkan kepimpinan itu adalah parti-parti yang halal disisi undang-undang negara, kita boleh memberikan undi kepadanya. Setakat ini hanya parti komunis Malaya sahaja yang telah diharamkan dan tidak boleh mengambil bahagian dalam pilihan raya di negara ini.

Saya memilih untuk menulis isu ini kerana ada seorang dua yang mengirim emel kepada saya dengan bahasa yang baik dan sopan supaya saya mengingati jasa-jasa UMNO dan terus sahaja menyokong parti itu. Saya menghormati pandangan mereka ini dan saya telah pun memberikan jawapan kepada mereka berdua ini juga dengan bahasa yang baik dan tertib, selari dengan adat serta adab sopan sebagai seorang Melayu.. Melayu ini sebenarnya adalah bangsa yang lembut budi bahasanya.

Itulah sebabnya saya tidak memandang sebelah mata kepada mereka yang bercakap kasar dan menggunakan bahasa kotor dan jelek apabila bersalah-salahan dalam satu isu yang berbangkit. Perkataan kotor-kotor yang terhambur dari pihak UMNO dan penyokong-penyokongnya inilah yang membuatkan ramai rakyat di atas pagar mengambil tindakan memberikan sokongan kepada pihak alternatif yang dihina dengan tiada perinya ini.

Mereka mengambil sikap dan kelakuan penyokong UMNO ini sebagai alasan dan penyebab mereka tidak berminat untuk bersama UMNO lagi. ‘Attribute’ dan sikap Melayu itu sudah tidak ada lagi kepada penyokong-penyokong UMNO kini. Sikap dan perlakuan mereka terlalu ‘un Malay’. Mereka terlupa yang bahasa itu adalah jiwa kepada bangsanya.

Sesebuah negara yang berkerajaan mendapatkan sumber kewangan untuk memerintah itu datangnya dari rakyat. Rakyat yang membayar pihak yang memerintah itu melalui cukai pendapatan, cukai tanah serta cukai eksais serta jualan dan bermacam-maca lagi sumber dan kesemuanya adalah dari rakyat.

Ahli-ahli Legislatif serta pegawai-pegawai awam dibayar gaji oleh rakyat. Semua perbelanjaan kerajaan dan kakitangannya dibayar dari wang rakyat. Seperti di negara kita, cukai pendapatan dikutip daripada semua yang mempunyai pendapatan tidak kira mereka itu ahli UMNO, DAP, PKR, PAS atau mana-mana parti sekali pun.

Sekarang ini rakyat telah memberikan mandat kepada UMNO dan BN untuk memerintah. Gaji menteri-menteri UMNO dan BN dibayar oleh rakyat. Pemimpin-pemimpin UMNO ini ditugaskan untuk memerintah dan mentadbir negara dengan baik dan jujur. Tetapi sekarang mereka yang diberi mandat ini telah banyak menyimpang dari tanggungjawab mereka kepada negara.

Saat ini UMNO sedang menghadapi pertarungan yang sangat sengit dalam sejarahnya. Orang Melayu termasuk ahli-ahli UMNO sendiri sudah mula dengan deras meninggalkan UMNO ini dan pemimpin UMNO mulalah memberikan segala janji-janji yang sama sejak dulu sampailah sekarang, iaitu agenda Melayu. Sampai sekarang UMNO hanya punya agenda Melayu tetapi tidak mampu melaksanakannya. Melayu terkebelakang juga.

UMNO terus memaki-hamun siapa yang tidak sebulu dengannya dan yang tidak dapat ditinggalkannya ialah sifat mengungkit-ngungkit dengan apa yang telah dilakukannya terhadap negara. Mereka memaki hamun kononnya yang tidak menyokong ini adalah mereka yang tidak berterima kasih. Tetapi hakikatnya mereka tidak berterima kasih terhadap rakyat yang telah memberikan mereka mentadbir negara selama ini.

Menteri-menteri dibayar gaji oleh rakyat termasuk Perdana Menteri. Begitu jugalah MB MB setiap negeri serta semua ahli-ahli lagislatif itu dibayar gaji dan kemudahan oleh rakyat. Rakyat membayar gaji dan kemudahan itu ialah untuk mereka mentadbir negara dengan baik. Jangan rasuah, jangan menyalahgunakan kuasa dan tidak berdisiplin.

Kalau jadi menteri jangan gunakan kedudukan untuk mempengaruhi kerajaan untuk membiayai projek suami dan anak-anak dengan begitu besar secara mudah. Jangan gunakan wang itu untuk membeli perkara-perkara yang tidak kena-mengena dengan tujuan pinjaman itu diberikan. Ikut undang-undang yang telah digubal dengan baik itu. Jika undang-undang kata tidak boleh jadi Pengerusi Koperasi Felda, jangan rampas kedudukan mereka yang layak duduk di situ sekian lama.

Hormati rakyat tanpa mengira fahaman politik. Kalau telah menandatangani perjanjian royalti minyak dengan negeri-negeri berdaulat dalam persekutuan itu kita mest tunaikan janji itu. Jangan dipermain-mainkan rakyat yang telah lama bersabar melihat tahap kelakuan pemimpin yang terlalu buruk itu.

UMNO mesti faham pembiayaan pembangunan negara itu dibiayai oleh pembayar cukai termasuk cukai dari ahli-ahli pembangkang. UMNO hanya menguruskan serta membuat perancangan untuk membangunkan negara dan rakyat telah membayar gaji mereka setiap bulan.

Kalau dah begitu apa pasal UMNO sentiasa meminta rakyat berterima kasih kepada UMNO sedangkan pemimpin-pemimpin UMNO dalam kerajaan itu telah dibayar gaji dan upah mengurus negara oleh rakyat.

Oleh kerana salahlaku pemimpin UMNO itulah yang menyebabkan ramai yang tidak lagi bersama parti itu dan lucunya UMNO pula yang meminta kita berterima kasih kepada mereka. UMNO nampaknya meminta kita berterima kasih kerana membohongi rakyat dan melakukan segala tindakan buruk seperti rasuah dalam segala bidang. Bagaimana UMNO mempunyai muka untuk meminta orang ramai berterima kasih kerana mereka menjahanamkan negara dan harta benda rakyat?

Bacalah sebanyak mana pun ayat-ayat Al-Quran seperti yang dilakukan oleh TS Muhyiddin baru-baru ini untuk mengaburi mata rakyat dan menutup segala salahlaku pemimpin-pemimpin. Tetapi rakyat tetap mengetahui segala keburukan yang dilakukan oleh pimpinan-pemimpin mereka. Ayat-ayat yang dibaca itu hanya mustajab bergantung kepada siapa yang membacanya.

Pendeknya apa yang diberikan oleh UMNO kepada rakyat selama ini ialah duit rakyat sendiri, bukannya duit UMNO. Mereka pun telah dibayar dengan lumayan untuk mengendalikan kerja-kerja pembangunan negara dan rakyat.

Kemarahan kepada mereka ialah kerana mereka telah mengambil lebih dari apa yang dibayar oleh rakyat itu melalui rasuah dan salah guna kuasa yang telah berlarutan sekian lama.

Rakyat negara ini adalah insan biasa. Mereka ada had kesabarannya. Itulah ramai rakyat yang ingin mengupah pihak lain untuk mentadbir mereka kerana UMNO yang telah diupah mereka untuk menjaga kepentingan mereka telah banyak menyeleweng. Mereka tidak juga mahu berubah untuk menjadi pentadbir yang baik.

Tetapi kita memahami juga kenapa mereka tidak mahu berubah: iaitu kerana sudah begitu ketagih dengan mencuri dam memakan rasuah secara besar-besaran. Penyakit ketagihan ini memang tidak boleh diubati dan rakyat tahu UMNO tidak mungkin dapat mengubati penyakit yang mereka hadapi ini.

Itulah sebabnya rakyat memandang sepi kepada UMNO akhir-akhir ini. Mungkin rakyat akan bertindak mengupah pihak lain pula untuk mentadbir mereka dengan baik. Dalam sistem demokrasi tidak salah jika kita memberikan peluang kepada mana-mana pihak untuk diupah untuk mentadbir kita.

Rakyat tidak mahu lagi pemimpimpin-pemimpin yang mengambil terlalu lebih daripada upah yang telah ditetapkan untuk mereka. Rakyat sudah terlalu sabar selama ini melihat mereka mencuri di sana dan mencuri di sini. Mereka semua ibarat ‘mengharapkan pagar, pagar makan padi’.