Selasa, 27 April 2010

Anwar: BN belanja RM65k setiap pengundi


Barisan Nasional (BN) didakwa membelanjakan lebih RM100 juta bagi menjamin kejayaan mereka merampas semula kerusi parlimen Hulu Selangor, malam semalam.

Dalam satu kenyataan hari ini, ketua umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata meskipun membelanjakan RM65,000 bagi setiap pengundi, di samping kegagalan Suruhanjaya Pilihan Raya menjamin pemilihan yang bersih dan adil, ugutan polis serta usaha menghalang pengundi menjalankan tanggungjawab mereka, BN hanya mampu menang dengan majoriti yang tidak memberangsangkan.

"Ini bermakna BN gagal mempelajari apa-apa sejak pilihan raya umum 2008. Serangan peribadi, isu perkauman, rasuah dan paksaan mungkin boleh membantu untuk menang di satu atau dua kerusi, tetapi rakyat Malaysia, tidak akan terpedaya,” katanya.

Walaupun PKR ditumbangkan malam semalam, namun Anwar berkata pembangkang berjaya meningkatkan sokongan popularnya di Hulu Selangor.

"Kita tahu kita perlu berusaha lebih gigih untuk mendekati penyokong khususnya di kawasan terpencil dan pedalaman, khususnya di kalangan peneroka Felda,” katanya.

Timbalan presiden PKR, Syed Husin Ali melahirkan sentimen yang hampir sama dan berpendapat pencapaian parti itu dianggap membanggakan di sebalik asakan padu daripada jentera BN.

"Kami gagal menembusi kubu-kubu kuat, khususnya di penempatan Felda tetapi keputusan pilihan raya itu satu tamparan kepada BN yang begitu angkuh bahawa mereka boleh menang dengan majoriti lebih 3,000 undi,” katanya dalam satu kenyataan.

"Kami anggap ia petanda bahawa polisi dan program Pakatan di terima rakyat, selepas dua tahun mengambil alih dan memberikan manfaat kepada mereka,” katanya.

Syed Husin berkata majoriti 1,725 undi yang diperolehi oleh BN jauh meleset daripada majoriti 6000 undi yang dimenanginya di ketiga-tiga kerusi dewan undangan negeri di parlimen Hulu Selangor pada pilihan raya umum 2008.

"Tiada apa untuk Najib raikan," katanya.

YANG TERSURAT DAN YANG TERSIRAT


YANG TERSURAT


YANG TERSIRAT....

Melayu oh melayu...


Bangsa melayu ini kira rare breed lah. Zaman satu dunia sudah mengira2 soal akauntibiliti, kredibiliti, transparensi dan tah apa2 'ti' dan 'si' lagi...majoriti orang melayu masih seronok tang tu jugak.

Darjah kecerdikan juga tidak bertambah.

Sebab tu agaknya di Hulu Selangor masa pilihanraya lalu, pattern berkempen macam orang ulu. Masa teman ke sana tempoh hari, kebetulan teman pergi dengan seorang kawan yang berlatar-belakangkan pendidikan di USA.

Katanya, pilihanraya di USA tak macam ni. Mana ada poster mengarut banyak2 macam ni? Mana ada kempen tampal tempel jalan macam ni? Mana ada kempen bagi rasuah dan ugut macam ni?

Di sana katanya, pengundi nak tengok apa program parti atau individu yang bertanding. "Healthcare, education system, interest rates, insurance untuk penduduk, lesen pemilikan senjata, dasar luar negara dll yang mencabar minda." Kalau setakat rasuah bodoh bagi kain pelikat, batik, beras, sardin...zaman perang dengan Vietnampun dia orang dah tak guna. Tengoklah betapa jauhnya kita.

Keputusan undi BN wins but slips up on Chinese support yang menunjukkan betapa jauhnya disparity of thought and wealth telah mempengaruhi pattern pengundian bangsa2 di Malaysia. Orang melayu pada pengamatan teman akan terus dibiarkan mundur dari segi pemilikan harta, ekonomi dan ilmu pengetahuan. Akan terus disaji dengan hiburan dan akhirnya akan diruntuhkan dengan kerendahan moral.

Ada lagi pemikiran yang memisahkan agama dengan politik. Masjid hanya untuk tempat sembahyang sebagaimana kelab-kelab malam dan karaoke untuk nyanyian dan minum2. Maka institusi agama yang dipegang oleh golongan yang hanya bertaraf mediocre akan menjadi keldai suruhan orang yang tak tau apa2 tentang apa yang dipimpinnya. Yang menjadi mangsa ialah orang melayu yang terpisah dengan ilmu agama yang sepatutnya bersifat syumul.

Kalau orang aslipun sudah mempunyai kesedaran walaupun dirasuahkan dengan "Eagle" Hiburkan Orang Asli Dengan "Hotel Californ... maka di manakah agaknya tahap orang melayu di negara ini? Bak kata rakan teman Akal Budi, "Kalau harap orang melayu, Malaysiapun digadai."

Kemenangan Umno di Hulu Selangor pada teman adalah lambang kebodohan dan kedunguan orang melayu. Hidup penuh emosi dan tenggelam dengan nostalgia. Bilakah ini akan berakhir??

KJ Jangan Jadi Monyet


Apa pun tahniah kepada Bn kerana telah berjaya menipu Melayu dan sekali gus memenangi PRK Hulu Selangor. Tapi satu persoalan yang harus ditanya kepada diri mereka sendiri. Cukupkah kemenangan dengan majoriti 1,000 lebih sahaja. Sedangkan beratus juta telah dirasuahkan kepada pengundi - pengundi di kawasan Hulu Selangor namun hasilnya amat menyedihkan.

Bn harus sedar bahawa mereka sebenarnya masih belum cukup gagah. Mereka masih tidak mampu menahan amarah gelombang anak muda Malaysia. Mereka tidak boleh menipu diri mereka sendiri bahawa semua anak muda dan mereka yang berada di kawasan bandar telah menolak mereka secara total. Menolak mereka kerana mereka bukan lagi menjadi pilihan untuk menjadi pemerintah yang melindungi rakyat.

Apakah dengan kemenangan yang diperolehi semalam sudah cukup membuatkan Bn kuat semula? Bn terpaksa mengerahkan semua jentera, kementerian, media, ratusan juta ringgit dan menipu bersama - sama dengan SPR barulah mereka mampu menang. Satu kerusi, Bn terpaksa berhempas - pulas untuk berdepan dengan Pakatan Rakyat yang serba tempang. Apakah para pimpinan BN mampu tersenyum puas? Apakah para pemimpin BN mampu tidur lena dengan kemenangan yang tidak seberapa ini?

Mereka harus sedar, Pilihanraya Umum bakal tiba. Mereka sedar sebenarnya mereka tidak mampu menahan gelombang amarah rakyat. Najib kata ianya satu referundum, ya memang referundum untuk mengukur kekuatan Bn yang sebenarnya. Dengan kemenangan yang sedikit ini, Najib pasti dan sememangnya pasti telah mendapat satu signal jelas bahawa mereka yang berada di bandar masih bencikan Bn.

Peristiwa Ijok jika diizinkan pasti akan berlaku kembali. Mereka menang dengan majoriti seribu namun kita rampas kembali dengan bergaya dan menawan Selangor. Ini sememangnya menakutkan Bn. Orang bandar, anak muda tak kira apa bangsa dan agama sebulat suara menolak Umno dan Bn. PRU masih lagi jalan berliku buat Umno dan Bn. Jangan sesiapa pun baik dari Umno, MIC, MCA menafikannya. Jalan yang berduri dan merbahaya sedang menunggu mereka.

Kemenangan yang mereka kecapi sebenarnya pahit untuk ditelan. PR walaupun kalah namun sebenarnya sedang tersenyum lebar. PRU yang akan datang menjanjikan satu keputusan yang sama dan mungkin lebih kepada Pakatan Rakyat. Kenapa Pakatan Rakyat tersenyum lebar? Kerana mereka sedar kemampuan mereka untuk menandingi gelombang jentera Bn dalam satu - satu P.Kecil teramatlah susah. Namun jika PRU diisytiharkan, maka jentera BN yang datang berbondong - bondong datang ke sesuatu kawasan akan berselerakan ke serata negara dan ini akan melemahkan jentera mereka. Duit yang beratus - ratus juta ditaburkan terpaksa dibahagikan ke serata negara. Maka Pakatan Rakyat mempunyai harapan.

Namun Bn masih tetap ada talian hayat iaitu SPR. SPR sebagai barua tetap Bn akan tetap memastikan BN menang pilihanraya nanti. WAJIB untuk kita terus menyerang SPR semahu - mahunya. Lihat sahaja yang berlaku di Hulu Selangor, beribu pengundi telah dipindah keluar dari kawasan tersebut. Tujuannya hanya satu, MENANGKAN BN. Namun SPR juga tahu kemampuan mereka untuk menipu masih terbatas. Ya mereka berjaya sekali dua, namun sampai bila. Menipu tahun 2004, 2008 terbungkus. Menipu di Hulu Selangor, tidak semestinya dapat menipu satu Selangor.

Jadi tugas Pakatan Rakyat, sudah tiba masanya serangan harus kerap ditujukan kepada kawasan - kawasan kampung. Satu kawasan bandar, 10 kawasan kampung harus diterangkan. Jadikan ianya satu amalan wajib jika mahu menang dengan lebih bergaya.

Tapi satu persoalan yang nak dilemparkan kepada semua. Kalaulah pilihanraya ini mampu menumbangkan BN, sudah pasti pilihanraya ini diharamkan. Sekian.
FENOMENA UNDI HANTU
MENANGKAN BN DENGAN TIPIS DI KUBU KUAT UMNO



Diminta kesemua penyokong dan pendokong Pakatan Rakyat supaya jangan berasa sedih dan gusar. Perlu diingat Hulu Selangor adalah kubu UMNO paling kuat di Selangor. Pada 2008, kemenangan PR adalah semata-mata kerana protes terhadap Palanieval. Pada 2008, UMNO/BN menang KESEMUA kerusi DUN termasuk Kuala Kubu Baru.

Dan setelah turunya Najib dan Mahafiraun berkempen pun, majoriti Barisan Nasional (Yahudi) hanya sekadar tidak sampai 4%. Ini suatu pencapaian yang boleh dibanggakan oleh Pakatan Rakyat serta kerajaan negeri Selangor.

Itupun, kalau mengikut ucapan Dato Zaid Ibrahim semalam, wang telah digunakan dengan meluas untuk membeli undi. Wang ditabur di waktu malam dan di waktu siang. Tidak hairanlah sokongan Melayu kepada PKR hanya di tahap 40% dan jatuh lebih teruk di kawasan-kawasan Felda.

Keputusan pun agak menghairankan kerana undi Pakatan Rakyat TIDAK JATUH. Malahan bertambah dari pilihanraya 2008. Tapi undi Barisan Nasional bertambah dengan begitu banyaknya. Kalau kita buat perbandingan:

BN: 2008 22979, 2010 24,997. Menampakkan pertambahan undi sebanyak 2018 undi.
PKR : 2008 23177, 2010 23,272. Menampakkan pertambahan undi sebanyak 54 undi.

Kalau mengikut trend di Terengganu 2004, ia menunjukkan bahawa fenomena pengundi hantu telah berlaku di Hulu Selangor. Mana mungkin dalam 2 tahun, di waktu BN tidak memerintah dan Palanieval tidak disukai BN boleh bertambah undi sebanyak 2018 undi. Dan yang lebih menghairankan, undi PKR tidak jatuh sepanjang 2 tahun kebelakangan ini.

Pola mengundi ini AMAT MENGHAIRANKAN dan TIDAK MASUK AKAL sama sekali. Kalau benar berlaku “kembalinya” pengundi UMNO pada BN dari 2008, sudah tentu undi PKR akan berkurang dengan besar sekali.

JELAS BERLAKU FENOMENA PENGUNDI HANTU

Harakahdaily menyiarkan satu laporan polis oleh seorang pengundi yang mendapati ada orang lain yang telah mengundi di tempat beliau.

Artikel terbaru Harakahdaily bertajuk ”‘Pengundi hantu’ wujud di Hulu Selangor


Fenomena ini sudah semakin banyak berlaku dalam pilihanraya-pilihanraya kecil sebelum ini. Maka, tanpa segan silu saya mengatakan BN menang tipis di Hulu Selangor atas bantuan pengundi hantu.

14000 PENGUNDI DIPINDAH DARI HULU SELANGOR TANPA PEMBERITAHUAN OLEH SPR

Oleh kerana SPR adalah Biro UMNO, maka mereka dengan setianya telah memindahkan 14000 pengundi dari Daftar Pemilih Hulu Selangor tanpa pengetahuan pengundi sendiri. Hasilnya ramai yang keluar mengundi pada hari itu tidak dapat mengundi dan rata-rata nya mereka adalah penyokong Pakatan Rakyat.

Dan pada waktu yang sama terdapat lebih 14000 pengundi Hulu Selangor yang dipindah dari Hulu Selangor tanpa pengetahuan pengundi tersebut.

APA YANG PR PATUT LAKUKAN?

Pada 2004, PAS mempertahankan Kelantan dengan hanya undi keseluruhan sebanyak 1500 undi. Namun, sepanjang 1999-2004 PAS telah membuang lebih 27000 nama-nama pengundi yang tidak diketahui dan jelas pengundi hantu.

Ertinya, sekiranya PAS tidak membuang nama-nama tersebut, kerajaan Kelantan sudah tentu akan jatuh ke UMNO pada 2004 yang lepas.

Tugas PR adalah MEMBERSIHKAN Daftar Pemilih bagi setiap kawasan DUN dan Parlimen dari pengundi-pengundi yang tidak diketahui ini.

WAJIB- kalau mahu terus menang dan memerintah.

Mana pernah Barisan Nasional/Yahudi ni tidak menipu?

”‘Pengundi hantu’ wujud di Hulu Selangor
Harakahdaily

HULU SELANGOR, 25 April: Pengundi hantu yang sering kali diperkatakan oleh pembangkang pada pilihan raya sama ada umum atau kecil sememangnya wujud termasuk dalam pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor, hari ini.

Apa yang berlaku kali ini ialah pengundi yang tidak dikenali telah terlebih dahulu mengundi bagi pihak pengundi asal sebagaimana yang terdapat dalam buku daftar pemilih tanpa pengetahuannya.

Ini ekoran seorang pengundi, Lee Fong Thye, 56, hari ini membuat laporan polis berikutan ada orang lain telah mengundi bagi pihaknya.

Beliau yang tinggal di No 28, Jalan 2/24 Taman Bukit Rawang membuat laporan di Balai Polis Serendah pada jam 2.29 petang ini.

Menurutnya, lebih kurang jam 12.30 beliau sampai di pusat mengundi Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (C) Serendah.

Beliau telah membuat semakan di pondok panas dan namanya ada tersenarai dalam senarai pengundi di saluran 2.

Beliau masuk ke pusat mengundi di saluran 2 dan memberikan KPT (Kad Pengenalan) kepada calling agent SPR serta ketua tempat mengundi (KTM).

Bagaimanapun, katanya, beliau diberitahu namanya telah ditanda sebagai sudah mengundi.

Berikutan itu, beliau membuat bantahan kepada KTM dan telah dibenarkan untuk membuang undi setelah disahkan dokumen pengenalan diri.

“Saya membuat laporan polis kerana terdapat keraguan bagaimana nama saya telah ditanda sebagai pengundi walaupun saya belum mengundi.

“Saya juga takut sekiranya KPT saya telah disalahgunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab,” ujarnya dalam laporan polis itu.