Khamis, 8 April 2010

MARI BERKENALAN DENGAN APCO

APCO ADALAH KERETA KEBAL ISREAL YANG AWAL UNTUK MENCARI RASHIA


KENAPA ISTERI ROSMAH JATUH CINTA DENGAN APCO

Laman web APCO sendiri menunjukkan siapa sebenarnya yang terlibat dengan syarikat ini yang dibayar RM 23 million duit rakyat oleh Perdana Menteri Najib Razak untuk mengendalikan "strategi komunikasi" dan "membina imej" negara.

Ahli lembaga APCO termasuk dua bekas duta Israel - Shimon Stein (bekas duta kepada Jerman), dan Itamar Rabinovich (bekas duta kepada Amerika Syarikat) - serta Doron Bergerbest-Eilon, bekas ketua keselamatan Agensi Keselamatan Israel (Israeli Security Agency, ISA) yang lebih dikenali sebagai Shabak atau Shin Bet. Jawatan ini adalah bersamaan dengan pangkat Mejar Jeneral dalam tentera Israel.

Shin Bet bertanggungjawab menjaga keselamatan dalam negeri Israel, termasuk menghadapi intifada Palestin. Semasa intifada al-Aqsa, Shin Bet memainkan peranan untuk mengenalpasti identiti dan lokasi pemimpin-pemimpin Palestin yang dijadikan mangsa pembunuhan oleh serangan udara tentera Israel.

Shin Bet turut terkenal dengan kaedah-kaedah menyeksa tahanan mereka semasa soal-siasat. Seorang wartawan Palestin, Mohammed Omer, mendakwa beliau ditahan oleh Shin Bet pada tahun 2008 dan dibogelkan, dibelasah oleh lapan pegawai Shin Bet yang bersenjata - mengakibatkan beliau terpaksa dirawat seminggu di hospital. Makhamah Tertinggi Israel sendiri memutuskan bahawa kaedah-kaedah soalsiasat Shin Bet berketerlaluan, melanggar hak asasi manusia, dan bersifat menyeksa.

Penglibatan Shin Bet dengan APCO tidak terhad kepada satu individu. ASERO merupakan sebuah syarikat adik-beradik kepada APCO yang berkait rapat secara terbuka dengan APCO dan mempunyai pengkhususan dalam hal-hal keselamatan dalaman negara. Selain Doron Bergerbest-Elion, tiga lagi pemimpin utama ASERO adalah bekas pegawai berpangkat tinggi Shin Bet - David Harel, Oded Raz, dan Gadi Kalai.

Selain itu, Naib Presiden ASERO Carl Truscott, dan penasihat ASERO, Don Riegle Jr, adalah bekas ahli kerajaan Amerika Syarikat yang didapati bersalah menyalahgunakan kuasa mereka semasa berkhidmat.

APCO dan ASERO seumpama satu keluarga, dengan pemimpin-pemimpin yang sama. Doron Bergerbest-Eilon adalah presiden ASERO, manakala Mara Hedgecoth - anak kepada Margery Kraus, Presiden APCO - merupakan Naib Presiden di kedua-dua APCO dan ASERO. Denise Teeling pula, adalah Ketua Kewangan (CFO) bagi kedua-dua APCO dan ASERO juga. Menurut laporan Suruhanjaya Syarikat Malaysia, Denise Teeling dan Margery Kraus adalah direktor APCO Worldwide Sdn Bhd, yang ditubuhkan di Malaysia.

Mengapakah sebuah syarikat dengan kaitan yang amat rapat dengan elemen-elemen Zionis dan dipimpin oleh individu yang terlibat dengan organisasi yang terkenal kerana menyeksa orang Palestin diberi peluang membentuk dasar-dasar sensitif Malaysia?

Dengan pengupahan APCO, pengaruh Zionis, penyeksa serta mereka yang handal menyalahgunakan kuasa kerajaan kini telah dibenarkan menentukan hala tuju negara, serta kini mempunyai akses kepada semua peringkat kerajaan - termasuk maklumat yang berpotensi menjejaskan keselamatan dan kepentingan negara. Tidak membimbangkan ke, Ketua Kewangan ASERO, Denise Teeling, yang bekerja untuk bekas pegawai Shin Bet, terlibat secara terus dengan operasi APCO di Malaysia?

Selain daripada Israel dan Amerika Syarikat, kepada pengaruh siapakah Malaysia kini dibukakan? Di antara pemimpin ASERO satu-satu individu yang bukan warganegara Amerika, UK atau Israel adalah Kelvin Tan Wee Peng - seorang bekas polis Singapura.

Apakah Perdana Menteri Najib sanggup menggadai masa depan dan kedaulatan negara hanya demi mereliasasikan cita-cita politiknya?

APCO tidak hanya terlibat dengan aktiviti Zionis dan pencabulan hak asasi sahaja, malah juga dengan aktivisme anti-Islam.

Jonathan Winer merupakan Naib Presiden APCO di Washington DC. Pada 2003, Winer memberi keterangan di Jawatankuasa Senat Amerika Syarikat di mana dia menuduh gerakan Ikhwan Muslimin (Muslim Brotherhood) serta beberapa badan kebajikan Islam sebagai pengganas, dan berusaha untuk menghentikan segala aktiviti kewangan badan-badan ini.

Marc Ginsberg pula, ahli lembaga APCO dan bekas duta Amerika Syarikat, memanggil tokoh pemikir Islam Sayyid Qutb (inspirasi kepada Ikhwan Muslimin dan penulis karya Ma'alim fil Tariq dan Fi Zilal al-Qur'an) seorang "musuh" dan membandingkan beliau dengan Adolf Hitler.

Siapa sebenarnya di merata dunia yang sanggup mengupah syarikat yang dipimpin oleh mereka yang berusaha menentang Islam dan menyemai kebencian?

Klien-klien dan bekas klien APCO termasuk beberapa 'tokoh' yang cukup terkenal. Di antaranya adalah Jeneral Sani Abacha, yang mencuri hampir RM 10 billion duit rakyatnya semasa presiden Nigeria. Jeneral Abacha turut dikenali kerana pencabulan hak asasi manusia yang cukup parah, termasuk penahanan dan pembunuhan aktivis-aktivis.

Nursultan Nazarbayev, diktator Kazakhstan yang didakwa bersama keluarganya terlibat dalam rasuah yang cukup besar serta beberapa pembunuhan, turut merupkan seorang klien APCO. Di antara strategi APCO adalah untuk "membeli" beberapa laporan dari institusi pengajian tinggi untuk mengharumkan nama Kazakhstan di Barat.

Narenda Modi pula, Ketua Menteri Gujarat di India yang dikatakan membiarkan rusuhan kaum berlaku antara rakyat Hindu dan Muslim, mengakibatkan hampir 2,000 kematian - kebanyakannya Muslim - juga pernah mengupah APCO untuk mengharumkan balik imejnya.

Beginilah senarai pemimpin yang kini disertai oleh Perdana Menteri Najib, yang seandainya tidak mengenal malu.

Adakah ini sebuah pengakuan diam bahawa Perdana Menteri mempunyai beberapa kesamaan dengan pemimpin-pemimpin yang dituduh berasuah dalam negara kaya dengan minyak, gagal menghentikan konflik perkauman, serta mengakibatkan kematian?

Keputusan Perdana Menteri untuk membuka Malaysia kepada pengaruh Zionis dan anti-Islam serta berganding bahu dengan para perasuah yang paling parah di dunia harus dipertikai oleh setiap rakyat yang cintakan Malaysia.

Sekiranya Perdana Menteri masih berdegil dengan mengekalkan kontrak APCO ini, maka tergadailah negara dan terjejas keselamatan serta maruah kita semua. Kita hanya boleh harap kita masih belum terlambat.



MODEL ATAU MONTEL

HABIS HARTA RAKYAT KENA JUAL


MODEL ? MODEL KE MONTEL

Model Ekonomi Baru (MEB) Najib jadikan POS M'sia mangsa awal!

Melalui dasar MEB (NEP) kerajaan telah meluluskan untuk melepaskan pegangan saham @ ekuitinya dalam Khazanah Negara kepada pihak-pihak asing termasuk luar negara.

Syarikat GLC seperti TNB, TELEKOM, POS, KTM dan lain-lain akan dikuasai lebih 30% pegangan sahamnya oleh pihak asing atas nama globalisasi, meningkatkan kecekapan serta membawa masuk modal asing ke Malaysia.

Hakikatnya pengumuman kenaikan gaji 11%-19% kpd staff POS M'sia hanyalah 'gimmick' dan gula2 shj sebelum POS For Sale dilaksanakan. Kesian nasib Posmen kerana 18 tahun diswastakan masih diberi gaji minima RM650 sebulan! Naik 11%-19% pun masih belum mencecah RM1000! Pekerja miskin di negara kaya.





MCA DAN MIC SUDAH BERANI KERANA ADANYA PAKATAN RAKYAT

MAT NOH : RAKYAT BUKAN MELAYU SEPATUTNYA BERTERIMA KASEH KERANA DI BERI KERAKYATAAN
-malaysiakini

Menurut Noh Omar, rakyat bukan Melayu sepatutnya berterima-kasih kerana diberikan kerakyatan.

Noh Omar juga memetik ucapan daripada presiden keempat MCA, Tan Siew Sin dan presiden kelima MIC, VT Sambathan pada zaman era tahun 1960an yang memuji Umno kerana memberikan kerakyatan kepada bukan Melayu.

Song berkata bahagiannya menganggap ucapan Noh itu satu penghinaan kepada masyarakat Cina dan India di negara ini.

Di sebalik memulaukan sebahagian besar aktiviti konvensyen itu, Song dan ahli-ahlinya akan kembali petang ini untuk menghadiri pelancaran kempen 'BN Mampu Berubah, Sayangi Selangor Yakini BN dan Selangor Take Over Plan (STOP) PRU 13.

Sementara itu, setiausaha agung MIC, S Murugesan juga melahirkan rasa kurang senang kerana tiada pemimpinnya diletakkan di pentas utama.

"Nampaknya mereka seperti tidak menghormati kami,” katanya.

Bagaimanapun katanya, aduan sudah disampaikan kepada pengerusi penganjur, Mohd Zin yang berjanji memperbetulkan keadaan.

"Mereka telah meletakkan kerusi tambahan di pentas dan berjanji kepada saya bahawa lagu Umno tidak akan dinyanyikan pada sessi petang apabila Perdana Menteri, Najib Razak tiba.

LIHAT MCA TELAH JADI PARTI YANG BERANI

INI SEMUA KERANA WUJUDNYA PAKATAN RAKYAT

INI SEMUA KERANA PILIHANRAYA YANG LALU

DENGAN ADANYA PAKATAN RAKYAT… SEMUA PARTI BN TAK PERLU JADI MACAI PADA GEROMBOLAN

KALAU DI PAKSA JADI MACAI

KALAU DI HINA MACAM MACAI

KELUAR DAN MASUK PAKATAN RAKYAT



AMARAN TAK LAKU

APA SUDAH JADI DENGAN AMARAN 48 JAM


CC MCA PERTAHAN PENDIRIAN PEMUDA TERHADAP PERKASA – malaysian insider

Jawatankuasa Pusat MCA hari ini mempertahankan pendirian sayap Pemudanya berhubung pertikaian dengan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa).

Presiden parti Dr Chua Soi Lek berkata jawatankuasa itu bersetuju dengan keputusan mesyuarat Exco Pemuda MCA yang menolak tindakan melampau serta suara sumbang untuk menerus

Pertikaian antara Pemuda MCA dan Perkasa bermula apabila Timbalan Setiausaha Agung sayap itu Loh Chew June melabelkan Perkasa sebagai “rasis” setelah pertubuhan tersebut lantang menyuarakan hak keistimewaan orang Melayu.

Kenyataan itu menyebabkan Ketua Pemuda Perkasa Arman Azha Abu Hanifah menuntut Loh memohon maaf serta mendesak pucuk pimpinan MCA mengambil tindakan disiplin terhadap Loh.

Bagaimanapun dalam satu kenyataan kepada sebuah portal berita selepas itu, Dr Chua dilapor berkata pada asasnya Loh tidak melakukan sebarang kesalahan dan MCA tidak akan bertindak ke atas anggotanya hanya kerana desakan orang luar semata-mata

APA JADI DENGAN 48 JAM

AMARAN SUDAH TAK LAKU

KINI BUKAN SAJA PEMUDA MCA TIBAI PERTAKA,

SELURUH PARTI MCA SUDAH BERANI TIBAI PETAKA


INI PETANDA AMAT BAIK

INI MAKNA NYA MCA TAK MAHU JADI MACAI GEROMBOLAN



TELAH DITEMUI PUNCA NYA

6 PUNCA PENGUNDI TOLAK BN SELANGOR PADA PILIHANRAYA LALU – berita hairan

Konvensyen Barisan Nasional (BN) Selangor hari ini mengenal pasti enam punca pengundi menolak BN pada pilihan raya umum ke-12 sehingga negeri yang menjadi kubu kuat BN itu jatuh ke tangan pakatan pembangkang.

Mohd Zin Mohamed, berkata enam punca itu telah menunjukkan seolah-olah BN tidak berpijak pada realiti sehingga menyebabkan rakyat hilang keyakinan terhadap mereka.

Beliau berkata punca pertama ialah prinsip muafakat mula bertukar menjadi konflik yang membawa mudarat terutama di kalangan hubungan parti komponen BNitu sendiri. "Punca kedua apabila usaha yang sepatutnya dilakukan untuk menjuarai isu rakyat beralih haluan kepada tindakan memperjuangkan kaum kerabat," katanya ketika berucap pada majlis pembukaan konvensyen selama sehari itu di SACC Convention di sini hari ini.

Mohd Zin berkata turut menjadi punca ialah pergolakan dalaman BN lebih dijadikan tumpuan berbanding usaha membina kekuatan parti itu sendiri selain khidmat dan pendekatan yang dilakukan BN lebih bercorak eksklusif bukan lagi inklusif.

Beliau berkata punca lain yang turut menyumbang kepada hilangnya kepercayaan pengundi terhadap BN ialah apabila BN ketinggalan dalam memanfaatkan teknologi maklumat yang menjadi trend pada masa kini.

"Punca paling nyata mengapa pengundi menolak BN pada PRU lepas ialah apabila BN kurang dan tidak memahami aspirasi pengundi muda," katanya.

INI KAJIAN TAK BETUL …TIDAK TEPAT

TAK KAN SAMPAI ADA ENAM SEBAB

ENAM SEBAB INI BANYAK SANGAT

RAKYAT SELAGOR TOLAK GEROMBOLAN HANYA DENGAN SATU SEBAB

HANYA SATU SEBAB SAHAJA BUKAN ENAM

RAKYAT SELANGOR AMAT MARAH PADA TOYO

KERANA AMBIL PENYAPU DARI PEJABAT MB… .. INI SAJA SEBABNYA.

Rabu, 7 April 2010

PORTAL KDN SAHKAN APCO TERLIBAT

KUALA LUMPUR, 6 April: Lawatan firma perundingan antarabangsa APCO Worldwide (APCO) ke Kementerian Dalam Negeri (KDN) pada 28 Oktober tahun lalu, seperti yang dilaporkan oleh laman iKDN, portal rasmi kementerian (gambar atas) tersebut seolah-olah memberi satu jawapan berhubung sejauhmana firma yang dikatakan pro Zionis-Israel itu berperanan dalam urusan keselamatan dalam negara.

Munurut portal rasmi kerajaan itu, http://www.ikdn.org, KDN telahpun mengadakan pertemuan dengan beberapa perunding antarabangsa paling lewat pada 23 Oktober tahun lalu.

Pertemuan itu, menurut portal KDN, adalah pertemuan kali yang kedua dari empat pertemuan seperti yang dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak.

Jelas sumber itu lagi, persetujuan KDN melantik APCO merupakan aktiviti kesinambungan dari program 'Supporting The Goverment Of Malaysia: Building Intergrated Goverment Communication' anjuran Jabatan Perdana Menteri (JPM) sendiri.

Lebih mengejutkan, portal tersebut mendedahkah, dua siri pertemuan tersebut dipengerusikan sendiri oleh Ketua Setiausaha KDN, Datuk Seri Mahmood Adam. (gambar)

Pemakluman rasmi itu sekaligus mengesahkan dakwaan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat sebelum ini, bahawa perlantikan APCO boleh mengakibatkan keselamatan dalam negeri terdedah pada firma pro Zionis-Israel tersebut.

18 Mac lalu, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (JPM) Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz dalam jawapan lisannya kepada Dewan Rakyat memberitahu, inisiatif kerajaan melantik APCO menguruskan perkhidmatan komunikasi menyeluruh dalam kerajaan supaya kerajaan mampu meningkatkan lagi kapasiti perkhidmatannya dalam bidang komunikasi.

Jawapan Nazri itu adalah mewakili Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

LAGI BUKTI NEGARA SEDANG DIJUAL

INI DIA PI DI R M SAAAAD - a.k.a MOSSAD


ANWAR: PERISIK ISREAL WUJUD DALAM PDRM - malaysikini

Ketua pembangkang, Anwar Ibrahim hari ini mendedahkan kewujudan perisik Israel dalam pasukan Polis Diraja Diraja Malaysia (PDRM).

Katanya, perkara berkenaan sebelum ini telah disahkan sendiri oleh cawangan khas Bukit Aman.

Bercakap ketika membahaskan bajet tambahan Kementerian Dalam Negeri di Dewan Rakyat hari ini, Anwar turut mengemukakan beberapa dokumen bagi menyokong dakwaannya itu.

Beliau yang juga MP Permatang Pauh menamakan sebuah syarikat yang terbabit dan dikatakan berpengkalan di Israel.

Katanya lagi ini membuktikan maklumat negara telahpun dijual kepada ejen asing.

HABIS LAAA NEGARA INI

AIR DI JOHOR DI MILIKI OLEH SINGAPURA

TANAH DI JOHOR DI MILIKI OLEH SINGAPURA

ENJIN JET PEJUANG DI AMBIL OLEH PARAGUAY

APCO… AJEN ISREAL MENASEHATKAN KERAJAAN

BUKIT DAN GUNUNG BAGI PADA LIM GO TONG.

SEKARANG INI PERISEK ISREAL PULAK

MANA DIA PERWIRA MELAYU… YANG SUKA CABUT CABUT KERIS

APEK CHINA BERANI BERI AMARAN…. BILA AJEN ISREAL SEMUA MENIKUS




BETUL BETUL NAK TIPU MELAYU

CONTOH PEMIMPIN BERJIWA RAKYAT - PANDAI MEMIPU PANDAI MENYEBAT


USAH BANGKIT SOAL SIAPA CALON BN- berita hairan

Najib Razak meminta semua pemimpin dan anggota Barisan Nasional (BN) supaya tidak membangkitkan siapa yang bakal menjadi calon parti itu pada pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Hulu Selangor 25 April ini.

Sebaliknya, dia , berkata mereka perlu menerima apa juga keputusan parti dan bekerjasama bagi memastikan kemenangan calon BN.

"Siapa-siapa yang diputuskan oleh parti...ringan ke, berat ke, terpaksa kita dokong...galas. Jangan pula kita merengek, mengutuk," katanya ketika berucap pada majlis jamuan makan tengah hari meraikan setiausaha politik di pejabatnya di sini hari ini.


NAMPAKNYA PELUANG MAT TAISON MAKIN CERAH

PENYOKONG MAT TAISON MEMANG RAMAI.

MAT TAISON ANAK TEMPATAN
.

MAT TAISON LAHIR DI SUNGAI TEMPAT.

KALAU MAT TAISON LAWAN PKR… JAMIN PKR KALAH

MAT TAISON BANYAK FULUS


KALAU BANYAK FULUS BANYAK UNDI



MI SPIK NO INGLISH

AKAR UMBI: MIC YA - PALANIVEL TIDAK -
malaysiakini

Walaupun berat hati, ahli akar umbi Umno bersetuju untuk mempertimbangkan supaya MIC dibenarkan meletakkan calon dalam pilihan raya kecil Hulu Selangor, tetapi mereka menolak timbalan presidennya G Palanivel.

Seorang pemimpin Umno cawangan di parlimen tersebut berkata, Palanivel ditolak ekoran "tidak menunaikan janji dan (rakyat) sudah hilang kepercayaan kepadanya".

"Bagi saya ia (perebutan kerusi) bukan masalah kuota, tetapi masalah calon. Banyak janji-janji (pilihan raya), beliau tidak tunaikan.

"Selama empat penggal beliau bertanding, kenapa dia kalah (pada 2008)? Ini kerana undi protes.

INI BERITA BAIK UNTUK MIKE TAISON

INI BERITA MENAKUTKAN UNTUK MALAIKUL SEMBAB

INI BERITA GERUN UNTUK TOYO

INI BERITA MALANG UNTUK NOR OMAR

SEMUA TAKUT MIKE TAISON HIDUP KEMBALI

MIKE TAISON BUAT SALAH KERANA MI NO SPIK INGLIS


INI PUN DI LUAR NEGARA


BERI PROJEK INI PADA SEORANG PUTERI

EMPANGAN KLAU DITERUSKAN WALAU ADA BANTAHAN
- melayau

Kerajaan tetap meneruskan projek pembinaan Empangan Lembah Klau bermula pertengahan tahun depan walaupun terdapat bantahan segelintir peneroka di kawasan itu yang tidak berpuas hati mengenai bayaran pampasan.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Peter Chin Fah Kui berkata, bantahan daripada 20 peneroka terbabit tidak akan menjejaskan kerja-kerja pembinaan empangan itu bagi tujuan pembekalan air ke Selangor dan Lembah Klang.

TEPAT… INI TINDAKAN PALING TEGAS.

JANGAN PEDULIKAN BANTAHAN RAKYAT

MEREKA SAKAI DAN GAYAT DALAM HUTAN

MEREKA ANTI PEMBANGUNAN

AIR DI SWASTAKAN… RAKYAT DAHULU DI TENGGELAMKAN

nota:

kalau empangan ini dibuat
oleh syarikat puteri selangor
amat baik sekali -
sampai kiamat empangan ini tidak akan siap


LATAH - OOO APCO

KAMI TIDAK MELATAK TAPI CEMAS - melayau


Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) tidak melatah dengan pembentukan Model Ekonomi Baru (MEB) namun mengakui amat cemas dengan beberapa keputusan kerajaan baru-baru ini.

Setiausaha Agung Perkasa, Syed Hassan Syed Ali berkata, dakwaan bahawa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu melatah juga tidak tepat kerana yang sebenarnya melatah ialah kerajaan sendiri.

Katanya, 'latah' kerajaan itu berpunca daripada perasaan takut kehilangan undi bukan Melayu sehingga membuat keputusan yang mencemaskan seluruh kaum Melayu dan Bumiputera.

"Hilangnya Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, mengecilnya bilangan biasiswa pelajar Melayu dan pemberian sesetengah kontrak kerajaan secara terbuka tanpa penjelasan yang meyakinkan membuatkan NGO seperti Perkasa merasa cemas, namun tidak sesekali melatah.

"Justeru saya mohon menteri-menteri yang baru dilantik supaya tidak melatah apabila ditegur NGO," katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

LATAH INI HANYA PERANGAI ORANG TUA TUA

PEKASAM INI BELUM MAMAI LAGI

PEKASAM INI BARU SETAHUN JAGONG

PEKASAM BELUM PANDAI MELATAH

PEKASAM INI HANYA TAHU BERI AMARAN 48 JAM

BILA AMARAN TAK ADA SIAPA AMBIL POT….PEKASAM HANYA LAGI MASSAM

Selasa, 6 April 2010

DAH SAMPAI MASA KE BELUM ?

48 JAM BERAPA MINIT ?


CAKAP BEDEGAR DEGAR.... BERAK DALAM BELUKAR

CAKAP MACAM HERO ......DALAM KEPALA ADA ZERO.

CAKAP MACAM BERANI....NAMPAK ISTERI MASUK GUNI

APA SUDAH JADI DENGAN KETUANAN PEKASAM



TAK ADA BALA CARI BALA

INI BUKAN BARAK OBAMA - INI BARAK ONAJIB


INI JUGA BUKAN BARAK OBAMA - INI OHUD OBARAK

APCO: PAS RAYU MAJLIS RAJA RAJA CAMPUR TANGAN – harakah daily

Majlis Raja-raja Malaysia dirayu untuk campur tangan dalam pembabitan syarikat perunding antarabangsa APCO Worldwide (APCO) dalam pentadbiran negara kerana ia disifatkan mengajak orang luar ceroboh negara.

Mewakili Ahli Parlimen PAS, Nasharuddin Mat Isa (Bachok) berkata, perlantikan APCO tersebut seolah-olah mendedahkan keselamatan negara pada pihak asing.

"Kita minta Majlis Raja-Raja segera campurtangan (supaya) perjanjian ini dibatalkan kerana ia (seolah-olah) mengajak orang luar menceroboh Malaysia)," jelas beliau dalam suatu kenyataan media di Pejabat Majlis Penyimpan Mohor Raja-Raja Malaysia.

Beliau turut menafikan bahawa insiatif Ahli Parlimen PAS tersebut bertujuan untuk strategi politik sempena pilihan raya kecil di Hulu Selangor tidak lama lagi.

Naib Presiden PAS Mahfuz Omar kemudiannya menjelaskan bahawa Majlis Raja-Raja Melayu seharusnya melihat isu tersebut sebagai isu keselamatan negara, bukan sekadar isu politik peribadi Najib Razak.

nota:
hubungan zionist ini semakin jelas

kenapa zionis ini di bawa masuk?
siapa yang membawa masuk ?
apakah rashia negara yang akan di ketahui oleh zionis ini ?

apakah ada peras ugut berlaku?
apa janji najib dengan zionis ini ?




HARI ISNIN SEMUA MURID BERATUR

GURU BESAR BERI UCAPAN TIAP HARI ISNIN


SEMUA GURU MESTI PAKAI TALI LEHER MERAH

SEMUA GURU MESTI PAKAI JACKET HITAM

SEMUA GURU MESTI ADA SAPUTANGAN MERAH TERCONGEH DALAM POKET JAKET

PREFECT DAN KETUA DARJAH PASTIKAN SEMUA MURID PAKAI UNIFORM

BERDIRI TEGAK SEMASA GURU BESAR BERI UCAPAN

JAGAN RASA BOSAN... JANGAN RISAU

SIAPA TAK DATANG BERBARIS AKAN DI HANTAR KE KELAS DC




MODEL ? KENAPA MESTI MODEL

INI BUKAN MODEL - INI BODEL


INI MODEL EKONOMI LAMA ATAU MODEL EKONOMI BARU ?

JANGAN MELATAH SENTUH MEB

Pihak-pihak tertentu terutama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu tidak perlu melatah dengan usaha kerajaan membentuk Model Ekonomi Baru (MEB) kerana pelaksanaannya akan berteraskan Perlembagaan Negara.

Ahmad Husni Hanadzlah berkata, jaminan tersebut telah diberikan oleh Najib Razak sendiri sebelum ini.

"Apakah hujah mengatakan bahawa transformasi ekonomi ini akan menghakis kedudukan kaum bumiputera (Melayu)? Atas alasan apa kita mengatakan hak bumiputera itu diketepikan?

"Sudah berapa kali Perdana Menteri kata negara kita satu Malaysia (dalam) pembangunan ekonomi, kita tertakluk kepada Perlembagaan Negara. Apa maksudnya?" tegas beliau.

APA BENDA NYA MEB INI

RUPA RUPA NYA MEB INI IALAH MODEL EKONOMI BARU

KENAPA TAK GUNAKAN RANCANGAN EKONOMI BARU ?

KENAPA TAK GUNAKAN CARA EKONOMI BARU?.

MODEL?.... MODEL?.... MODEL EKONOMI BARU ?

PASAL APA GUNA PERKATAAN MODEL?

INI MESTI KERANA PENGARUH DARI MODEL MONGOLIA

TERIKUT IKUT... SAMPAI TAK BOLEH LUPA



CUKAI TIPU RAKYAT

KAKI TANGAN KERAJAAN PERLU SOKONG GST JIKA MAHU GAJI LEBIH - malaysiakini

Gaji penjawat awam boleh dinaikkan dengan syarat 1.2 juta penjawat awam meningkatkan produktiviti dan menyokong inisiatif kerajaan untuk Malaysia menjadi ekonomi berpendapatan tinggi, kata Najib Razak hari ini.

Dia berkata selagi produktiviti meningkat, gaji mereka akan diselaraskan seiring dengan ekonomi yang lebih kukuh.

Najib, yang juga menteri kewangan, turut menegaskan mengenai kepentingan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sebagai satu daripada cara meningkatkan hasil kerajaan.

INGAT KAKI TANGAN KERAJAAN INI MANGKOK

INGAT KAKI TANGAN KERAJAAN INI BANGANG

KALAU BAYAR CUKAI…. LEPAS TU NAIK GAJI APA MAKNA NYA

BANGANG BETUL MALAON INI


KALAU DUIT ADA DALAM POKET… SIMPANLAH… NAK BAYAR CUKAI BUAT APA

nota:
cukai akan di kenakan pada orang ramai
tapi bukan salah orang ramai.

cukai naik kerana pembaziran
beli kapal selam
beli jet pejuang tanpa enjin
kes terbaru - hospital 500 juta ringgit terbengkalai di shah alam
litar sepang – pakai setahun sekali
putra jaya – ambil duit petronas

Isnin, 5 April 2010

SUDAH LEBIH DARI 48 JAM

SUDAH LEBIH 48 JAM.

JUBUR SAIFOOL ..SUDAH TAK BOLEH TAHAN.

SUDAH JADI PEKASAM


TAK ADA SIAPA PUN MINTA MAAF

NAK SURUK MUKA DALAM SONGKOK... SONGKOK TAK BOLEH TERIMA.

TELAN AIR LIOR

DAN AKHIRNYA KOREK HIDUNG SENDIRI


PERANGAI BIAWAK

INI LIDAH BERCABANG - LIDAH BIAWAK


INI SEKARANG DUIT SUDAH SEBAT

INI MASA NAK MENIPU - SEMUA MOLEK

SUB KONTRAKTOR HOSPITAL SHAH ALAM TUNTUT HUTANG 10 JUTA – malaysikini

Sub-kontraktor pembinaan Hospital Shah Alam, GMH Healthcare, telah menghantar surat tuntutan hutang pinjaman berjumlah RM10 juta, kepada kontraktor turnkey pembinaan hospital bernilai RM482 juta itu - Sunshine Fleet.


Sehubungan itu, Sunshine Fleet milik adik Sultan Selangor - Tengku Putri Arafiah Sultan Abd Aziz Shah - berdepan dengan kemungkinan diisytihar muflis kerana didakwa gagal membayar balik hutang tersebut.

Perkembangan terbaru ini mungkin mengakibatkan kelewatan menyiapkan pembinaan hospital tersebut.

GMH telah mengeluarkan notis tuntutan itu, bertarikh 31 Mac mengikut Seksyen 218 Akta Syarikat 1965, kepada Sunshine Fleet milik adik Sultan Selangor, Tengku Putri Arafiah Sultan Abd Aziz Shah.

INI ALH SUSAH NYA NEGARA INI

DARI RAJA … MUFTI… KETUA POLIS… MENTERI… SEMUA BENGKOK

BILA CAKAP MARAH… TANGKAP ISA

BILA CAKAP MARAH …. KATA ANTI RAJA… ANTI PERLEMBAGAAN

BILA CAKAP MARAH…. KATA ANTI AGAMA ISLAM

PERANGAI MACAM BIAWAK….MACAM MANA RAKYAT NAK HORMAT


ONE ISRAEL

INI ONE ISREAL


INI POTOKOPI ONE MALAYSIA

SATU MALAYSIA SEMAKIN DITERIMA RAKYAT PM - malaysininsider

Idea Gagasan satu Malaysia adalah cetusan percambahan fikiran Najib Razak bersama pelbagai kumpulan ke arah mewujudkan wadah baru untuk memperkukuhkan perpaduan nasional.

Perdana Menteri berkata dakwaan kononnya slogan satu Malaysia datangnya dari negara luar termasuk Israel adalah fitnah pembangkang semata-mata.

Najib berkata beliau berbincang dengan beberapa rakannya setelah menyedarikan amat pentingnya usaha baru ke arah penyatuan rakyat.

“Saya bincang dengan beberapa teman saya sebab saya kata amat penting bagi kita untuk membuat suatu usaha baru ke arah perpaduan nasional ini sebagai penyatuan.

BANGANG BETUL MALAON NI

TAK KAN TAK SEDAR

DULU ZAMAN WAWASAN…. SEMUA JADI WAWASAN

KEMUDIAN 2020…. SEMUA JADI 2020

KEMUDIAN ISLAM HADARI…. SEMUA JADI ISLAM HADARI

KEMUDIAN ISREAL BUAT ONE ISREAL

SEMUA IKUT ONE ISREAL

TAK KAN TAK FAHAM FAHAM



MACAM-MACAM CARA TIPU MELAYU

SPR BERI AMARAN HENTIKAN SEBARANG KEMPEN DI HULU SELANGOR
- mStar

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memberi amaran kepada semua pihak supaya berhenti berkempen menjelang Pilihan Raya Kecil Hulu Selangor kerana tempoh kerja-kerja itu belum lagi bermula.

Timbalan Pengerusi SPR, Wan Ahmad Wan Omar berkata, ini kerana tempoh rasmi berkempen hanya bermula selepas selesai tempoh penamaan calon iaitu pada 17 April.

"Sehingga hari penamaan calon, SPR tidak boleh bertindak ke atas mereka yang memasang bendera dan sepanduk, berkumpul dan berarak untuk tujuan berkempen.

"Saya meminta pihak berkuasa tempatan (PBT) dan polis meningkatkan pemantauan aktiviti kempen pihak terbabit sekarang. Mana-mana pihak yang bertanding hendaklah mematuhi undang-undang iaitu hanya dibenarkan berkempen selepas hari penamaan," katanya kepada mStar Online di sini hari ini.

BIAR BETUL CAKAP MALAOAN INI

BILA NAK TAHAN MALIKUL SEMBAB

BILA NAK TAHAN MAT MONGOL

MUNKEEE MUNKEEE INI DAH BERKEMPEN.

INI HANYA TRIK… KERANA NAK TENGELAM KAN BERITA DUA RIBU LEBIH… PENGUNDI BARU


PEKARA YANG MACAM INI… TAK PULAK DI JAGA DAN DI KAWAL

ASIK ASIK… TAK BAGI PKR BUAT CERAMAH

ASIK ASIK …. TAK BOLEH SEBUT NAMA ALTANTUYA




SEMUA KAKI KELENTONG

SIDANG DUN PERAK ADALAH SIDANG POLIS – V.SIVAKUMAR
– harakah daily

Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak yang sah, V Sivakumar menyifatkan siding DUN yang berlangsung di negeri Perak baru-baru ini bukan sidang ahli-ahli yang berhormat, tetapi adalah suatu sidang polis.

Sivakumar menunjukkan buku 'perintah tetap' yang dibawa bersamanya, kepada semua hadirin.

Beliau berkata demikian kerana katanya, kerajaan Umno/BN Perak sekali lagi telah membawa masuk beratus-ratus orang polis ke dalam dewan yang mulia itu.

Selain itu, beliau mendedahkan, bagaimana kerajaan Umno/BN Perak telah membisukan ADUN-ADUN Pakatan Rakyat, memekakkan telinga mereka sendiri dan membutakan seluruh rakyat dalam negara ini.

"Mereka telah mematikan pembesar suara ADUN-ADUN Pakatan Rakyat, menyebabkan kami tidak boleh bersuara,

"beberapa orang dari kami telah mengangkat buku ‘perintah tetap’ DUN Perak, namun ‘speaker haram’ Ganesan tidak peduli, dan memekakkan telinga mereka.

nota:
macam mana nak percaya
yang mengakui nak jadi menteri besar
entah sekolah entah tidak
tak tahu dari mana dia belajar

malaon ini mengaku ada phd
cuba tanya apa kajian thesis ?
tanya dari universiti mana?
siapa penyelia dalam ?
siapa penyelia luar?

adakah thesis ini tersimpan dalam library of congress ?

kalau kepala sudah menipu
ekor lagi menipu?

cuba tanya salasilah raja gopal?
betul ke raja gopal ini raja gopal?
atau menyamar sebagai raja gopal?
sebenarnya bukan raja gopal
tetapi raja kumar