Isnin, 18 Januari 2010


T-Shirt Fabrik berkualiti untuk tempahan
Mahkamah: Linggam dapat 'pampasan' RM90,000..


Berita"Terkini, sensasi dan psiko! Mahkamah mengarahkan Majlis Peguam agar membayar RM90,000 kepada VK LInggam sebagai menanggung kos litigasi yang dikeluarkan oleh VK Linggam. Aik? Sudahlah VK Linggam yang disabitkan oleh tribunal tidak dikenakan hukuman, dapat pulak RM90,000?? Dulu hakim kafir dari mahkamah sivil diberi tanggungjawab memutuskan isu nama Allah, kini VK Linggam pulak diberi 'pampasan' sebanyak RM90,000. Kenapa? Keratan akhbar dan artikel lengkap disertakan.

Majlis Peguam diperintah bayar RM90,000 kepada Lingam

Saturday, 16 January 2010 08:40am

Utusan Malaysia

KUALA LUMPUR 15 Jan. - Majlis Peguam diperintahkan membayar RM90,000 kepada Datuk V.K. Lingam (gambar) sebagai kos litigasi berhubung keputusan badan itu menubuhkan tribunal siasatan percutian peguam tersebut bersama bekas Ketua Hakim Negara, Allahyarham Tun Mohd. Eusoff Chin di New Zealand pada 1994.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Aziah Ali mengekalkan jumlah yang ditetapkan oleh Penolong Kanan Pendaftar, N. Isfahanie Wan Ab. Rahman pada November 2003 selepas menolak permohonan semakan terhadap jumlah tersebut yang dikemukakan oleh Lingam dan Majlis Peguam.

Keputusan dibuat oleh Hakim Aziah di kamar beliau petang ini.

Lingam diwakili peguam Datuk V. Sivaparanjothi manakala Datuk Bastian Pius Vendargon mewakili Majlis Peguam dan Lembaga Tatatertib Peguam-Peguam.

Peguam terkenal itu memfailkan semakan kerana mendakwa jumlah RM90,000 yang diberikan adalah terlalu rendah.

Pada 23 Disember 2002, Lingam telah mengemukakan rayuan terhadap tindakan Lembaga Tatatertib Peguam-Peguam yang memutuskan bahawa aduan Majlis Peguam terhadap Lingam mempunyai merit.

Kedua-dua badan terbabit telah memutuskan untuk melantik Tribunal Siasatan bertujuan menyiasat dakwaan salah laku Lingam.

Majlis Peguam telah meminta penjelasan Lingam berhubung aduan tersebut namun peguam terbabit gagal membuat sebarang penjelasan.

Lingam bagaimanapun mendakwa keputusan responden untuk melantik tribunal tersebut bagi menyiasat aduan berkenaan adalah satu keputusan yang berat sebelah.

Menurut Lingam, beliau tidak mempunyai tanggungjawab untuk memberikan penjelasan kerana tidak melakukan kesalahan melanggar disiplin.""

Kelakar sungguh Malaysia ni. Benarlah kata Mahathir, MALAYSIA BOLEH. SEMUA BOLEH..

Kenapa VK Linggam mendapat RM90,000? Majlis Peguam tentulah tidak berani lagi hendak menyiasat dakwaan peguam menyeleweng di masa hadapan jika begini keadaannya.

Ingatlah mendiang Augustine Paul yang mati terhina kerana penghakimannya yang dilihat tidak adil di mata dunia dan ayat famousnya iaitu 'tidak relevan!' yang kerap digunakan untuk menghalang tertuduh dan saksi dari mengemukakan bukti.

Syabas Linggam dan Mahathir. Anda berdua adalah bukti nyata bahawa segalanya 'BOLEH' di Malaysia..


Pemangku Raja Imam Solat Hajat Di Stadium

KOTA BHARU, 15 Jan: Pernahkan anda melihat raja atau sultan mengimamkan solat bermakmunkan rakyat jelata, tentunya jarang sekali

Kalau ada pun dahulu Sultan Johor pernah membaca khutbah Jumaat.

Lain pula di Kelantan malam tadi apabila Pemangku Raja, Tengku Mohammad Faris Petra mengimamkan solat hajat yang turut disertai ribuan rakyat Kelantan.

Menjadi makmun pada solat tersebut Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, anggota-anggota Exco, Mufti, Datuk Shukri Mohamad, Ketua Hakim Syarie, Datuk Daud Mohamad, wakil-wakil rakyat dan pegawai kerajaan.

Program tersebut juga mencatat satu sejarah baru di Kelantan apabila kelihatan hampir semua ketua jajahan dan pegawai tadbir negeri hadir.

Sedangkan sebelum ini padang bola di Stadium Sultan Mohammad Ke IV hanya dipenuhi penyokong PAS dan Pakatan Rakyat menghadiri program solat hajat dan ceramah di situ.

Malam tadi suatu kelainan disaksikan sepanjang PAS menerajui Kelantan hampir 20 tahun.

Sebelum itu solat Maghrib diimamkan mufti dan Ketua Hakim Syarie pula mengimamkan solat Isya.

Biar pun kehadiran pada program itu tidak mampu menandingi program politik dianjurkan PAS dan Pakatan, namun suatu kelainan dirasakan apabila ia turut dihadiri Pemangku Raja.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata, satu sejarah baru berjaya dicetus di Kelantan malam tadi apabila Pemangku Raja menjadi imam solat hajat memohon kesejahteraan sultan dan kehidupan rakyat.

"Sepanjang usia ambo lebih 75 tahun tidak pernah melihat ada Pemangku Raja yang menjadi imam solat. Biarlah kita mulakan usaha murni ini di Kelantan.

"Kalau sebelum ini kita lihat Ketua Polis Negeri menyampaikan khutbah lengkap dengan pakaian polis di mimbar Jumaat.

"Kesemua perubahan itu berlaku di Kelantan," katanya melahirkan rasa gembira ketika menyampaikan kuliah ringkas pada majlis tersebut.
APA NI, NAJIB?


Belum pun setahun usia slogan disogokkan kepada rakyat sebagai bukti menunjukkan yang era anak lelaki sulung Allahyarham Tun Razak ini bakal memahat nama dalam sejarah moden negara, ia sudahpun kantul. Bukan setakat kantul, slogan itu sudah menjadi bahan ejekan dan ide penciptaan bahan lelucon penulisan bebas serta kartunis dalam negara kita.

Rakyat jelata terutama para juak Umno telah diliurkan dengan pelbagai janji mulus serta keyakinan betapa 1Malaysia bakal mewarnai negara dengan kemakmuran,keamanan serta keselamatan. Ini ekoran ketidakyakinan rakyat terhadap beberapa institusi penting kerajaan seperti PDRM seperti kes pembunuhan Kugan, Kehakiman haprak dengan tuduhan fitnah ‘sodomi I dan II’ DS Anwar, SPRM yang puaka hatta terhadap batang tubuh kerajaan sendiri yang korup tidak berubah walau bertukar beberapa Perdana Menteri.

Isunya, setiap hari kita dihidangkan dalam dada akhbar akan berita ngeri, sadis dan zalim yang menimpa rakyat. Kita kini sudah tidak selamat lagi untuk berjalan-jalan santai makan angin di taman dan lorong di pekan-pekan. Malah lebih teruk kita mudah menjadi mangsa samun hatta di perkarangan atau pun dalam rumah sendiri. Kekecohan sosial beginilah yang mendorong Najib membawa Gagasan 1Malaysia. Inilah antara beberapa sebab rejim Najib melaungkan 1Malaysia dengan aksi goyangan jari telunjuknya.

Memang indah dan mulus sekali bunyi serta intipati Gagasan1 Malaysia yang diceduk dari negara haram Israel (One Israel) itu. Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan. Itu kata para jurujual gagasan tersebut! Bagaimana pula pandangan kita yang di bawah ini?

Saya berani mengatakan yang keadaan rakyat tidak berubah ke arah positif menurut matlamat gagasan yang digaris dan dijual saban waktu itu. Malah kita sudah memasuki fasa politik yang semakin teruk. From bad to worse kata orang putih! Timbul persoalan kenapa orang kita, kenapa rakyat tidak berapa melenting? Jawapannya ialah kerana kita sudah menjadi mangli akal seperti – like a frog in a boiling pot! Deria rasa kita sudah tumpul. Atau lebih teruk lagi ianya sudah mati dek penangan gendang perkauman dan keagamaan (kunun!).

Sebaik sahaja belanja wang rakyat mengalir mengokosi slogan baru kerajaan memenuhi kantung kroni baru, kita lihat keadaan lebih bercelaru dan haru biru. Jenayah kecilan sehingga jenayah yang memakan korban terus berleluasa. Manakala ada yang menjadi mayat sehari selepas disoal-siatsiat oleh SPRM. Malah dijual pula kelentong, betapa mendiang terjun membunuh diri! Ouchh... 1 Malaysia sudah kena tipu! Satu ketika dahulu Menteri Umno ada mengatakan yang Anwar membekam matanya sehingga lebam, bukannya dihenyak bedebah Rahim Nor!!

Sejak dari slogan itu mula dicanang sehingga ke hari ini, tidak ada pun perubahan ketara dan berkesan berbanding dengan belanja yang dicurahkan. Apa yang kita nampak hanyalah paraphernalia berupa tugu 1Malaysia yang tumbuh bagai cendawan! Rupanya ia hanya satu jalan lagi untuk mengembungkan perut kroni. Dari iklan di akhbar media cetak sehinggalah kepada tugu, semuanya untuk keuntungan kroni. Jika benar matlamat mahu membentuk 1Malaysia yang bersatu, kenapa isu nama Allah dicetus sebagai satu katalis yang memusnahkan imej negara?

Berdasarkan sejarah rejim UmnoBn, kaedah alihtumpuan memang sering menjadi pendekatan mereka ketika berhadapan masalah yang dibikin mereka sendiri. Yang terkininya ialah isu penggunaan nama Allah yang menjadi rebutan antara Kristian Roman Katolik dalam bahan penerbitan mereka dan cuba dipertahankan Umno melalui para juaknya. Rakyat merasakan ada udang di sebalik batu. Hakikatnya, kedua-dua pihak tidak layak menjuarai nama Allah atas alasan yang masyarakat bermaklumat amat maklum. Yang satu sudah terpesong atas asas Ketuhanan Allah sendiri Yang Esa, manakala yang satu lagi pula sudah terkenal dengan isu perlecehan ke atas institusi Agama dan hukum-hakamnya.

Alihtumpuan terbaru sebenarnya bertujuan meredakan isu kenaikan harga gula serta kebocoran sistem keselamatan dengan hilangnya enjin jet F5E, ia bagai serampang dua mata. Pertama ia boleh digunakan sebagai umpan menebarkan jala ISA, keduanya untuk pemimpin rejim muncul sebagai jaguh Islam sambil mewujudkan bibit perpecahan di kalangan pemimpin Pakatan Rakyat. Sejarah Ops Lalang boleh dibuka semula untuk memantapkan pemahaman kita tentang isu terbaru ini.

Jika benar mereka (pemimpin Umno) menyanjungi serta menjunjung perpaduan negara (bukannya untuk tembolok!), tentu sahaja Hakim yang mengadili kes rayuan dalam ‘umpan ISA’ yang terbaru ini seorang Melayu Islam. Bukankah Islam yang paling unggul dalam Perlembagaan Negara? Yang lain itu anda boleh fikir sendiri.........

Kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Presiden PAS serta Pakatan Rakyat memang amat tepat dan bijaksana. Malah ada satu petikan yang amat menarik- Al-Quran telah menyarankan cara yang betul menggunakan perkataan Allah, sebagaimana yang dinyatakan dalam Surah al-Imran ayat 64 yang bermaksud: Katakanlah hai ahli kitab, marilah (berpegang) kepada suatu kalimat (ketetapan) yang tidak ada perselisihan antara kami dan kamu, bahawa tidak kita sembah kecuali Allah dan tidak kita persekutukan dia, dengan sesuatupun dan tidak (pula) sebahagian kita menjadikan sesama manusia seperti pemimpin dan sebagainya, sebagai tuhan selain Alllah.

Beserta dengan ayat itu lah terjadinya peristiwa mubahalah di mana Nabi Muhammad SAW telah menyahut cabaran pendita Kristian untuk membuktikan bahawa mereka yang benar di sisi Allah berbanding ajaran Islam yang dibawa Nabi. Metodanya ialah dengan Nabi dan pihak pendita membawa pengikut masing-masing berkumpul di satu padang sambil menunggu hukuman dari Allah SWT sekiranya pihak mereka berdusta. Lalu sejarah merakamkan hanya pihak Nabi sahaja yang hadir untuk bermubahalah sedangkan puak padri dan pendita telah tidak hadir. Maknanya, sejarah telah merakamkan betapa Nabi Muhammad berada di pihak yang benar berkaitan dengan isu ketuhanan Allah.

Jika kita mengambil kaedah yang serupa, boleh sahaja kita menyerahkan kepada Ketua Agama masing-masing untuk melakukan upacara serupa. Kita punya banyak stadium yang besar-besar sebagai tapak mencari kebenaran dalam soal menggunakan nama Allah. Habis cerita. Tak usahlah jadi macam sekarang sehingga menjadi modal politik rejim UmnoBn untuk menjulang Najib sebagai penyelamat. Bukankah tangan si bibir merah delima itu yang meluluskan 10 lesen judi baru sebaik memegang jawatan Menteri Kewangan 1? Dia juga dikaitkan dalam rasuah RM 500 juta pembelian kapal selam Scopene serta pembunuhan ngeri Altantuya.

Itupun ahli Umno termasuk tok-tok imam berebut nak mencium tangan bila peluang terhidang!

Di hadapan kita menanti satu lagi alihtumpuan untuk mengaburi kesengsaraan yang bakal dibawa oleh tiga isu besar yakni GST, kadar baru tol serta penyeragaman harga minyak kenderaan. Kita jangka sekuel kes liwat fitnah liwat DS Anwar akan digunakan sepenuhnya oleh media.

Begitulah perilaku rejim pemerintahan yang diwariskan TKT Dr Mahathir Mohamed. Jika kita belum lupa, kes yang dahulu pun dibuktikan sebagai tidak berasas dengan akhirnya DS Anwar dipenjara atas tuduhan rasuah kuasa!! Sedang pengamal rasuah sebenar bebas lepas menghayun telor ke sana-sini. Contohnya, DS Khir Toyo, Najib, Razak Baginda dan TS Isa Samad. Mamat yang terakhir itu dinobatkan pula sebagai YB oleh pengundi yang miskin timbangan akalnya.

Menurut maklumat, kes DS Anwar ini patut dibakulsampahkan saja kerana jelas pemeriksaan perubatan telah menidakkan tuduhan yang dibuat ke atas Ketua Umum parti PKR itu. Yang lahabaunya si Saiful tu, sepatutnya jolok lah dulu lubang bontotnya dengan timun atau petola. Atau boleh juga mengupah pengamal homoseks untuk mendatangkan bukti klinikal dalam lubang bontotnya!! Takdir Allah juga sehinggakan terdapat kecacatan dalam perancangan manusia haprak. Semua bukti penglibatan PDRM melalui SP Rodwan telah pun berada di tangan pihak pembela.

Jika begini corak baru pemerintahan Najib yang cuba digahkan melalui slogan 1Malaysia, bermakna negara sedang meluncur jatuh bebas menuju kemusnahan yang sukar dibaiki. Ingatlah, betapa mana-mana negara yang dihenyak revolusi adalah bermula dengan sistem demokrasi atau seumpamanya. Apabila pehak pemerintah menidak serta memanipulasikan demokrasi, tentu sahaja revolusi menanti!

Apa yang dibuat Najib seolah-oleh mengulangi zaman gelap pemerintahan TKT Dr Mahathir. Isu pembakaran gereja adalah kerja jahat yang dibuat ‘elemen hitam’ yang dilindungi dalam kerajaan hari ini. Bukan senang kawan oi, nak lakukan kerja jahat sebegitu dalam suasana SB sentiasa bertebaran, kemudahan IT dan CCTV. Kalau tak percaya, cuba anda gerakkan kumpulan kecil menampal poster anti kerajaan pusat. Tak sampai lima belas minit anda akan dicekup!

Isu ini ialah salah satu cabang dalam memecahbelahkan rakyat yang dilihat semakin bersatu. Dasar ‘divide and rule’ ini ialah senjata ampuh peninggalan penjajah. Perjuangan memartabatkan suara dan kuasa rakyat akan selamat sekiranya rakyat ramai yang marhaen mengetahui dan memahaminya dengan jitu. Jika tidak, kita mempunyai halangan besar menzahirkan kerajaan Pusat Pakatan Rakyat!

Di satu segi, seolah-olah rejim Najib berjaya mencapai matlamatnya, laksana Firaun yang mengarahkan dibunuh anak-anak lelaki kelahiran bangsa Israel bagi menghalang kelahiran Nabi Musa mengikut arahan tukang nujumnya. Takdir Allah telah melihatkan yang Firaun sendiri memelihara serta menjadikan Nabi Musa anak angkatnya! Begitulah apa yang berlaku sekarang, bukan setakat gagal mewujudkan perpecahan, khabarnya politik Malaysia Timur sudah bergoncang untuk menuruti angin perubahan di Semenanjung.

Apalah salahnya untuk menyerahkan soal perebutan nama Allah sebagai Tuhan sebenar kepada pihak Agamawan. Jemput pakar-pakar dari parti PAS, Umno dan para pendita/padri dari gereja 1Malaysia. Minta mereka bermubahalah mencari titik kebenaran dengan cara yang mudah dan menurut Sunnah pula. Jika niat kita baik tentu sahaja ada hikmahnya. Lain lah kalau ada muslihat di sebaliknya. Sebenarnya itu lah persepsi di kalangan rakyat jelata. Sekilas ikan di air sudah tahu jantan betinanya!

Takkan lah tak masuk asuhan agama yang cuba diterap Zahid kepada Najib mengikut pesanan Toh Puan Rahah?

Kalau lah didikan Zahid berkesan, tak mungkin Najib terpalit dengan kisah penyanyi, wanita Monggolia, rasuah sana-sini dengan bini serta pelbagai kemungkaran lain.

Apa ni, Najib?
Musa Hassan yang GAGAL...
oleh Raja Petra Kamaruddin

Kau ingat aku tinggalkan Malaysia secara haram ataupun dengan menggunakan pasport palsu ataupun pasport asing. Kau tak pasti. Kau fikir aku memasuki negara lain dengan menggunakan pasport palsu ataupun pasport asing. Kau tak pasti. Malah kau tak tahu sama ada aku masih berada di negara ni ataupun tak kerana kau tak pun menemui sebarang bukti yang menunjukkan bahawa aku berada di luar negara.
NO HOLDS BARRED

Raja Petra Kamarudin - Umpan Musa Hassan tak mengena

KPN, Musa Hassan sedang memulakan satu ekspedisi memancing. Dia menyuruh semua pegawainya untuk menimbangkan semua cara bagi menangkap saya. Masalahnya adalah ramai antara pegawainya yang menyalurkan maklumat kepada saya, dan bukan kepadanya. Jadi, saya tahu apa yang dilakukannya pada pagi ini, malah apa yang sedang dia lakukan ketika anda membaca artikel ini.

Musa Hassan menyangka bahawa para pegawainya memantau pergerakan saya. Sebenarnya, tak satu pun daripada pegawainya yang benar-benar tahu akan kedudukan saya. Sebaliknya, saya mempunyai orang dalam yang memantau pergerakannya dan membuat laporan harian kepada saya tentang segala aktiviti yang berlaku di tingkat atas ibu pejabat polis di Bukit Aman.

Pada mulanya, mereka fikir bahawa mereka dapat menggunakan anak saya bagi menjerat saya. Mereka memukul anak saya bagi memaksanya mengaku bersalah atas pelbagai pertuduhan jenayah. Tetapi apabila kes itu dibawa ke mahkamah, anak saya mendedahkan bahawa beliau telah dipukul dan dia menukar pengakuannya kepada tidak bersalah. Jadi, mereka tiada pilihan, selain membiarkan perbicaraan diteruskan. Nah, semasa perbicaraan itulah terungkapnya hakikat bahawa dakwaan terhadap anak saya adalah tidak benar.

Mereka kemudiannya menangguhkan perbicaraan itu dan menghantar anak saya kembali ke Penjara Sungai Buloh, di mana dia terus dibelasah. Akibatnya, anak saya naik gila, lalu terpaksa dihantar ke wad psikiatri. Dia kemudiannya diasingkan kerana dianggap sebagai terlalu berbahaya untuk dibenarkan bergaul dengan lain-lain tahanan.

Ya, mereka sangka bahawa mereka dapat menyembunyikan perkara ini daripada saya. Tetapi akhirnya, saya dapat tahu juga. Bagi saya, terpulanglah kepada pihak polis jika mereka ingin membunuh anak saya. Memanglah ini pernyataan yang saya kesali, namun anak saya adalah korban perjuangan. Sebenarnya, kita semua adalah korban perjuangan. Adakalanya, dalam perjuangan, nyawa perlu dikorbankan, sekalipun ia membabitkan nyawa anak kita sendiri.

Kita tentu pernah membaca suatu kisah semasa era Empayar Islam di Madinah, yang mana seorang ibu diberitahu bahawa anak lelaki terakhirnya telah syahid dalam peperangan. Dia menangis apabila diberitahu bahawa semua anak lelakinya sudah tiada. Tetapi dia sebenarnya menangis kerana dia tidak lagi mempunyai anak lelaki untuk dikorbankan demi perjuangan.

Inilah dasar kepercayaan kita. Perjuangan adalah lebih penting daripada segala-galanya. Adakah mereka fikir bahawa dengan membalun anak saya, maka masalah mereka akan selesai? Apa mereka fikir ia akan ‘menjinakkan’ saya? Tidak sekali-kali, malah ia akan menguatkan semangat saya kerana kini, bukan hanya perjuangan yang menjadi matlamat saya, malah ia melibatkan keadilan; darah mesti dibayar dengan darah jua.

Musa Hassan menyangka bahawa hanya kerana dia adalah pegawai tertinggi PDRM, maka itu juga bermakna bahawa dialah polis terpintar di Malaysia.

Anda nak tahu bagaimana cara polis yang pintar menjalankan siasatan? Meh saya beritahu rahsianya. Nak tahu apa yang dilakukan oleh Kevin Morais, Ketua Pendakwaraya SPRM semasa Krismas tempoh hari? Mesti anda tak tahu, bukan? Kalau anda nak tahu, dia merayakan Krismas dan Tahun Baru dengan kawan lelaki berbangsa Inggeris yang bertahun-tahun lebih tua daripadanya di Bromley, Kent, United Kingdom. Mesti anda tak tahu, bukan?
MISTERI ABAD INI : Kemana Hilangnya Wang Hasil Petroleum Malaysia?

Saya terbaca di Wikipedia, bahawa keuntungan dari hasil petroleum Norway dimasukkan dalam satu tabung bernama “Statens pensjonsfond utland, SPU” (TERJEMAHAN: Tabung Pencen Kerajaan Global). Asalnya, tabung ini bernama “Tabung Petroleum” yang ditubuhkan oleh kerajaan Norway untuk menyimpan hasil dari cari gali Petroleum di luar pantai Norway.

Setakat yang diketahui, tabung petroleum Norway ini adalah tabung pencen terbesar di Eropah serta keempat terbesar di dunia dan tabung ini dibiayai sepenuhnya oleh hasil petroleum Norway.

Penerangan berkenaan dengan tabung ini dapat dibaca dibawah:

The Government Pension Fund - Global (Norwegian: Statens pensjonsfond utland, SPU) is a fund into which the surplus wealth produced by Norwegian petroleum income is deposited. The fund changed name in January 2006 from its previous name The Petroleum Fund of Norway. The fund is commonly referred to as The Petroleum Fund (Norwegian: Oljefondet). As of the valuation in June 2007, it was the largest pension fund in Europe and the fourth largest in the world [1], although it is not actually a pension fund as it derives its financial backing from oil profits and not pension contributions. As of 30 September 2009 its total value is NOK 2.549 trillion ($455 billion)[2], holding 0.77 per cent of global equity markets.[3] With 1.25 per cent of European stocks,[4] it is said to be the largest stock owner in Europe.[5]


Ertinya bagi setiap warga Norway, masa depan mereka TERJAMIN dan hari tua mereka TERJAGA kerana tabung pencen global Norway ini cukup untuk menampung keperluan hari tua setiap warga Norway.

Setiap perbelanjaan wang dalam tabung ini terdedah kepada maklumat umum kerana tabung ini terletak di bawah tanggungjawab kerajaan Norway. Malahan, New York Times melaporkan bahawa cara kerajaan Norway menguruskan hasil Petroleum mereka menjadi rujukan kesemua negara maju di dunia ini. Berebut-rebut negara seluruh dunia mahu mempelajari cara Norway mengurus hasil petroleum mereka.

Ia juga bererti setiap warganegara Norway tahu kemana perginya hasil petroleum negara mereka. Nikmat tersebut tidak dapat dinikmati oleh rakyat Malaysia. Rakya Malaysia tidak tahu ke mana perginya berbillion2 ringgit yang telah didapati oleh kerajaan Malaysia semenjak tertubuhnya Petronas.

KEMANA HILANGNYA WANG HASIL PETROLEUM MALAYSIA?

Ini adalah satu misteri yang sangat besar yang sehingga kini masih tidak terjawab. Hasil yang dibayar oleh Petronas kepada Kerajaan juga amat besar. Sebenarnya tiada siapa tahu jumlah sebenar hasil minyak Malaysia dan kemana perginya wang ini serta bagaimana wang ini dibelanjakan. Ia adalah misteri yang melanda 27 juta jiwas di Malaysia.

Mengikut Dr Mahathir, sepanjang 22 tahun beliau memerintah, Petronas telah membayar hampir RM168.9 billion (ribu juta) kepada kerajaan.

Sepanjang 6 tahun pemerintahan Pak Lah, Petronas telah membayar kepada Kerajaan Malaysia sebanyak RM 254 billion.

Di bawah pemerintahan Tun Hussein Onn, Petronas telah membayar hampir RM 22 billion kepada kerajaan Malaysia.

Jumlah keseluruhan pembayaran Petronas kepada kerajaan dari tahun 1976 ke tahun 2008 adalah RM 456 billion. (Nota: Zaman Najib kita tak tahu berapa banyak wang hasil petroleum dibayar kepada kerajaan)

Bayangkan ini cuma pembayaran kepada Kerajaan sahaja. Ini belum lagi jumlah keseluruhan hasil petroleum negara yang sampai sekarang tiada siapa tahu. Itulah sebabnya YB Lim Kit Siang telah meminta dengan tegas supaya akaun Petronas didedahkan kepada Parlimen bagi disiasat kemana perginya setiap sen hasil Petroleum negara.

RAKYAT MALAYSIA UMUMNYA KEMPUNAN UNTUK MERASA WANG MINYAK MALAYSIA

Apa sangat duit Petroleum yang kita nikmati? Kalau nak kata kita dapat jalan, semua highway di Malaysia dikenakan tol yang semakin menaik. Kita masih kena bayar harga kereta yang mahal serta Cukai Jalan.
Kalau nak kata harga minyak murah, tak murah jugak. Kalau nak kata harga barang makan makin murah, barang makanan makin mahal dan semakin mahal.

Kalau nak kata gaji kita makin naik, tak naik jugak. Harga rumah pun tak lah murah disebabkan kita banyak duit minyak. Harga rumah tidak murah dan tiada bantuan dari kerajaan pun untuk bantu rakyat Malaysia beli rumah.

Kalau nak ikut Norway, wang minyak akan dimasukkan ke EPF. Tapi, kita tengok takda pun Petronas masukkan duit minyak dalam EPF menyebabkan peratus keuntungan EPF tidak naik-naik.

Dari segi pelajaran pun, kita tak tengok Petronas membantu ramai pelajar-pelajar dari segi pembiayaan pembelajaran. Hanya beberapa kelompok kecil anak-anak serta kaum keluarga pekerja Petronas sahaja.

Dari segi pembiyaaan kesihatan lagi teruk. Sapa yang pergi ”Prince Court”, harga rawatan separa dengan hospital-hospital swasta yang lain. Takda pun murah.
Dari segi tenaga elektrik, kadar makin mahal bukan murah.

Kehidupan rakyat Malaysia makin terhimpit namun tiada nampak ada usaha menggunakan wang minyak Malaysia untuk memudahkan hidup rakyat Malaysia.

Jadi, dimanakah RAKYAT MALAYSIA serta ORANG MELAYU dapat merasai nikmat wang minyak Malaysia?
Saya percaya 99% rakyat Malaysia tak dapat rasa pun nikmat wang minyak Malaysia.

WANG MINYAK MALAYSIA HANYA UNTUK KRONI DAN UMNOPUTRA

Bukti dan semakin banyak. Kita lihat mereka boleh anjurkan benda-benda membazir macam ”Monsoon Cup” di Terengganu. Buat bangunan-bangunan yang membazir dengan duit royalti minyak Terengganu sampai banyak bangunan yang runtuh. Tapi tu cuma secebis sahaja dari jumlah keseluruhan wang hasil Petroleum Malaysia.

Di zaman Dr Mahathir, lebih USD 100 billion duit kita hilang melalui projek2 bodoh dan membazir Dr Mahathir. Buku mendedahkan pembaziran Dr M ini sehingga sekarang tidak diizinkan dijual di Malaysia.

Di zaman Pak Lah, lagi teruk. Sikit pun kita tak tahu mana pergi duit ni?
Orang-orang kebanyakan macam kita ni adalah bangsat dan tak layak menikmati hasil Petroleum Malaysia. Hasil minyak Malaysia ni hanya untuk orang-orang elit dan UMNOPUTRA semata-mata. Orang bangsat macam kita tak layak menikmati wang Petroleum Malaysia.

KITA TAK NAK BELAJAR DARI INDONESIA KE?

Nanti bila hasil Petroleum Malaysia habis, mereka-mereka ini akan keluar dan lari dari Malaysia dengan membawa berkodi-kodi wang hasil minyak ini. Pada waktu itu, generasi masa depan Malaysia akan jadi seperti Indonesia sekarang ini.

Setelah wang minyak Indonesia habis dirompak Suharto dan kroni-kroni beliau, rakyat Indonesia sekarang majoriti hidup dalam kelaparan dan kemiskinan yang begitu teruk. Bayangkan kelaparan itu telah menjadi perkara biasa kepada JUTAAN rakyat Indonesia.
Kalau nak tengok bagaimana Malaysia nanti apabila wang minyak kita dihabiskan oleh UMNO dan UMNOPUTRA, duduklah di Jakarta ini.

Anak cucu kita akan merempat dan makan sampah serta anak-anak gadis kita nanti terpaksa melacurkan diri semata-mata mahu mencari sesuap nasi. Itulah nasib rakyat Indonesia setelah habis wang minyak Indonesia dirompak Suharto dan kroni-kroni beliau.

Dari dua segi, kerajaan Norway lebih ISLAM dari Kerajaan Malaysia:

a. Pengurusan dana Petroleum yang memikirkan masa depan rakyat Norway
b. Polisi penjualan arak yang mengharamkan keuntungan. Hanya untuk keperluan domestic sahaja.

Bilakan orang Melayu hendak melupakan isu remeh seperti nama Allah dan konsentrasi isu yang lebih penting: PEROMPAKAN WANG MINYAK OLEH UMNO DAN KUNCU2 MEREKA.

Sedarlah wahai orang Melayu sekelian. Kamu dah kena tipu hidup-hidup oleh UMNO semenjak Merdeka sampai hari ini.

Bangunlah wahai bangsa ku. Berhentilah dari asyik jadi mangsa penipuan. Adakah kita rela melihat anak-anak gadis kita menjadi pelacur di masa hadapan?

Oil Revenue Payments to Malaysian Government
On July 4, 2009 Petronas adviser Tun Dr Mahathir Mohamad asked what did the government spend with the RM253.6 billion payment from the national oil company over the past six years when his successor Tun Abdullah Ahmad Badawi was prime minister. He said that Petronas has been paying dividends, taxes, royalties and export duties to the government since 1976, after it was set up as the national custodian for fossil fuels. Petronas began by paying the government RM300 million in 1976, rising to RM2 billion in 1981, when Mahathir assumed office. The total from 1981 to 2003 was RM168.8 billion for the 22 years that marked Dr Mahathir's tenure as the country's fourth prime minister.[10] Opposition leader Lim Kit Siang urged the Barisan Nasional government to open its books on Petronas and give a full accounting of how payments from the national oil company had been spent since its inception. Lim said that previously Mahathir did not raise any issues about the misuse of funds from Petronas, set up in 1976 as the national oil company, to bail out "dubious projects”. He pointed to the infamous incident where RM2 billion was used to bailout Mahathir's son Mirzan Mahathir’s shipping concern Konsortium Perkapalan Bhd (KPB) in 1998 when KPB was floundering in billion-ringgit debts with its share price falling to RM3.78 by February 1998, a fraction of its pre-financial crisis level of over RM17. He claimed that there were other occasions under Dr Mahathir when “Petronas was used as a national piggy bank” such as the RM2.5 billion and RM1 billion bail-outs of Bank Bumiputra in 1986 and 1989, aiding MAS and Proton in their financial struggles as well as to fund mega-projects such as the Petronas Twin Towers and the shifting of the federal administration to Putrajaya. Lim also demanded a full accounting of the RM15.2 billion royalty owed to the Terengganu government from 2000 to 2009, which he claims were “hijacked by the federal government when the Terengganu state government fell to PAS.